BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Hubungan dengan Manusia (Umum)

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,719
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,719
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Ibnu Majah no. 4092

Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Abu 'Ubaidah bin Abu As Safar, diceritakan oleh Syihab bin 'Abbad, diceritakan oleh Khalid bin 'Amru Al Qurasyi,
daripada Sufyan Ats Tsauri, daripada Abu Hazim, daripada Sahl bin Sa'd As Sa'idi,


"Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w.
lalu berkata,
"Wahai Rasulullah.
Tunjukkanlah kepadaku suatu amalan
yang jika aku kerjakan,
maka Allah
dan seluruh manusia
akan mencintaiku."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Berlakulah zuhud dalam urusan dunia,
nescaya kamu akan dicintai Allah.

Dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki orang lain,
nescaya kamu akan dicintai oleh orang lain."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
IMG_20230816_153453_856.jpg


JAUHI PERKARA YANG MEROSAKKAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA

Islam sangat menegaskan kepentingan menjaga silaturahim bukan sahaja sesama ahli keluarga malah sesama manusia.

Jauhilah banyak dari prasangka buruk kepada manusia kerana prasangka yang tidak disertai bukti atau tanda-tanda itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.
#pelantransformasialfalah
#malaysiamadani
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Tirmidzi no. 1920

Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Abu Kuraib, diceritakan oleh Suwaid bin Amru Al Kalbi, daripada Hammad bin Salamah, daripada Ayyub, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abu Hurairah,

"Cintailah orang yang kau cintai sekadar perlu.
Kerana boleh jadi suatu hari,
dia akan menjadi musuhmu.

Dan bencilah orang yang kau benci sekadar perlu.
Kerana boleh jadi suatu hari kelak
dia akan menjadi orang yang kau cintai."

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Hidup Dengan Manusia

Manusia adalah makhluk unik ciptaanNya, punyai pelbagai ragam dan tingkah. Banyak faktor mempengaruhi tindak tanduk seseorang yang menjadikannya seorang yang berperwatakan sedemikian.

Islam mengajar kita melalui tauladan utama iaitu Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sangat mengenali manusia di sekelilingnya sehingga baginda tahu bagaimana menyantuni setiap yang hadir. Baginda SAW pernah berpesan tentang manusia;

عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « المؤمن يألف ويؤلف ، ولا خير فيمن لا يألف، ولا يؤلف، وخير الناس أنفعهم للناس »

Dari Jabir, ia berkata: Rasulullah shollallahu alaihi wasallam bersabda, ”Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR Thabrani dan Daruquthni).

خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan (orang lain) merasa aman dari keburukannya.” (HR. At-Tirmidziy no. 2263).

مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.” (HR Muslim)

لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ، كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ…

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengisahkan, “Aku melihat seorang lelaki yang mendapatkan kenikmatan di syurga kerana sebuah pohon yang dipotongnya di badan jalan yang mengganggu orang lain.” (HR Muslim)

Begitu penting menjaga hubungan sesama manusia sepertimana firman Allah SWT yang menekankan tentang حبل من الله (hubungan dengan Allah) dan حبل من الناس (hubungan sesama manusia).

Berusaha sebaik mungkin memelihara hubungan bukan hanya dengan Allah SWT, tetapi juga sesama insan. Moga kita termasuk dalam kalangan makhluk yang dicintai olehNya dan seluruh makhlukNya.

 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 1867

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abdullah bin Amr,

“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah
adalah seorang yang paling baik terhadap sahabatnya.

Dan jiran yang terbaik di sisi Allah
adalah seorang yang paling baik terhadap jirannya.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 1867

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abdullah bin Amr,

“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah
adalah seorang yang paling baik terhadap sahabatnya.

Dan jiran yang terbaik di sisi Allah
adalah seorang yang paling baik terhadap jirannya.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1724558233588.png
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadits Ibnu Majah no. 695

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani


Matan:
Daripada Abdullah bin Mas'ud,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Rasulullah s.a.w. melarang kami berbincang-bincang
setelah Isyak.
Iaitu mencela kami (berkait perkara di atas)."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadits Ibnu Majah no. 695

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani


Matan:
Daripada Abdullah bin Mas'ud,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Rasulullah s.a.w. melarang kami berbincang-bincang
setelah Isyak.
Iaitu mencela kami (berkait perkara di atas)."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1725304065803.png


1725304085903.png
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadits Tirmidzi no. 154

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Umar bin al-Khattab berkata,

"Rasulullah s.a.w. pernah berbincang pada waktu malam
dengan Abu Bakar
dalam permasalahan kaum Muslimin.

Ketika itu aku bersama kedua-duanya."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register