BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Bulan Hijriyah ke-12: Dzulhijjah

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,719
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,719
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Nasa'i no. 2374
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Ahmad bin Yahya, daripada Abu Nu'aim, diceritakan oleh Abu 'Awanah, daripada Al Hurr bin Ash-Shayyah, daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w.,

"Rasulullah s.a.w. berpuasa sembilan (9) hari (terawal)
dalam bulan Zulhijjah.

Hari 'Asyura (10 Muharram).

Dan tiga (3) hari dalam setiap bulan.
Iaitu hari Isnin pertama dalam bulan itu.
Dan dua (2) hari Khamis (berikutnya).


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.Perbanyakkan amal soleh setiap waktu di samping hari tertentu antaranya "Hari-hari yang sepuluh" iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah (1 hb Zulhijjah hingga 10hb Zulhijjah). Firman Allah dalam surah al-Fajr 1-3 juga menyatakan;

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْر

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”.

Imam At-Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh hari awal Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujah dari ahli tafsir. (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Quran:7/514)

Allah telah bersumpah dengannya (malam yang sepuluh). Bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil tentang besarnya manfaat (sepuluh hari tersebut).

2.Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibnu Kathir: 8/413)

3.Allah suka kepada hambaNya yang memperbanyak amalan soleh pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah (1hb hingga 10hb Zulhijjah).

4.Bulan Zulhijjah ini di dalamnya ada kelebihan tertentu untuk diraih bermula dari 1hb Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah dengan pelbagai amal soleh termasuk puasa sunat setiap hari (1 - 9), puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat hari Arafah, perbanyakkan zikir, tilawah, doa, bersedekah, menunaikan ibadah haji juga melakukan ibadah korban serta pelbagai amal soleh yang lain.

5.Rebutlah peluang melakukan pelbagai amalan sunat menjelang Awal Zulhijjah. Kita mulakan dengan amalan puasa sunat Isnin atau Khamis atau paling tidak 9hb (puasa sunat hari Arafah) di samping perbanyakkan zikir dengan kalimah tahlil, tahmid dan takbir

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

18hb Jun 2023
29hb Zulkaedah 1444H
 
Bulan Zulkaedah dan Zulhijjah

Kita berada di penghujung Zulkaedah menuju bulan pesta ibadah juga iaitu bulan Zulhijjah.

Terdapat 10 hari terbaik di dunia yang disebutkan dalam al-Quran dan Al-Sunnah iaitu 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH.

Firman Allah SWT;

وَالفَجرِ

Demi waktu Fajar

Ada pandangan ahli Tafsir yang menyebut ini adalah waktu fajar 10 hari pertama Zulhijjah berdasarkan hadis

مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهِنَّ أَحَبُّ إِلَىْ اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ»، فَقَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ”.

“Tidak ada hari-hari untuk melakukan amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah berbanding pada sepuluh hari ini”. Maka mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, sekalipun jihad di jalan Allah?” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya, hartanya kemudian dia tidak lagi kembali dengan membawa apa-apa daripada itu”.
(HR at-Tirmizi no. 688, Abu Daud no. 2082 dan Ibn Majah no. 1717; Ibnu Hibban no. 3853.)

وَلَيالٍ عَشرٍ

Dan Malam yang Sepuluh

Jumhur
‘ulama menyatakan ayat ini ada 2 pandangan;

1) 10 malam terakhir dari Ramadhan

2) sepuluh malam pertama dari DzulHijjah
.

Maka, mari persiapkan diri menuju hari-hari terbaik di dunia. Beramal sebaiknya agar dapat meraih ganjaran sebanyaknya dari Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

 
Zulhijjah dan Keutamaan

Tahukah kita, pelbagai peluang istimewa sedang menanti kita pada bulan Zulhijjah khususnya pada 10 hari pertama.

Rugilah jika hari-hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan ini berlalu begitu sahaja. Antara kelebihan di bulan Zulhijjah;

1. Keutamaan Beramal Soleh Pada 10 Awal Zulhijjah

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini (1 – 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Hadis Hasan

Amal soleh pada hari-hari awal 10 Zulhijjah (1 hingga 10 Zulhijjah) tidak terbatas. Ia meliputi solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, berdoa, bertaubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi mungkar, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan kepada fakir miskin dan seumpamanya.

2. Puasa Sunat Arafah Menghapuskan Dosa Dua Tahun

Rebutlah kelebihan untuk berpuasa sunat hari Arafah. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Hadis Sahih

3. Hari Arafah Antara Sebaik-baik Waktu dan Tempat Berdoa

Satu daripada kelebihan pada Hari Arafah selain berpuasa sunat ialah waktu berdoa. Sabda Rasulullah SAW;

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Hadis Hasan.

4. Ibadah Korban Adalah Amal Yang Lebih Disukai Allah Pada Aidil Adha

Amalan yang Allah lebih suka kepada hambanya pada Hari Raya Aidil Adha ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW;

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada ‘Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan

Marilah kita merebut pelbagai kelebihan yang ada pada bulan Zulhijjah ini.

 
1000244571.jpg


KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH

Jom rebut kelebihan bulan Zulhijjah dengan perbanyakkan beribadah kepada Allah.

Jangan lupa kongsikan kepada kawan-kawan yang lain.
 
Back
Top
Log in Register