BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Wudhu'

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,639
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,639
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu Kamil Fudhail bin Husain al-Jahdari, diceritakan oleh Abu 'Awanah, daripada Uthman bin Abdullah bin Mauhab,
daripada Ja'far bin Abi Tsaur, daripada Jabir bin Samurah,


"Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,
"Apakah kami harus berwuduk
kerana makan daging kambing?"


Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Jika kamu berkehendak, maka berwuduklah.
Dan jika kamu tidak berkehendak, maka tidak perlulah kamu berwuduk."

Lelaki itu bertanya lagi,
"Apakah harus berwuduk
disebabkan (makan) daging unta?"


Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Ya.
Berwuduklah disebabkan (makan) daging unta."


Lelaki itu bertanya,
"Apakah aku boleh solat di kandang kambing?"


Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Ya, boleh."


Lelaki itu bertanya,
"Apakah aku boleh solat di kandang unta?"


Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Tidak."


(Hadith Muslim no. 539)


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abd bin Humaid & Hajjaj bin asy-Syair, diceritakan oleh Abu al-Walid,
diceritakan oleh Ishaq bin Sa'id bin Amru bin Sa'id bin al-Ash, diceritakan oleh bapanya (Sa'id bin Amru bin Sa'id bin al-Ash),
diceritakan oleh datuknya (Amru bin Sa'id bin al-Ash),
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Tidaklah seorang muslim didatangi solat fardhu,
lalu dia menyempurnakan wuduknya
dan khusyuk solatnya,

melainkan itu menjadi penghapus dosa-dosanya terdahulu,
selama dia tidak melakukan dosa besar.

Dan itu (berlaku) pada sepanjang masa."


(Hadith Muslim no. 335)


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register