BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Solat (umum)

IMG_20220205_085816_747.jpg

Dalil Kewajipan Solat

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Al-Baqarah: 43)

Hukum solat adalah fardu ain dan ianya wajib ditunaikan oleh semua orang Islam, yang berakal, baligh, berada dalam keadaan suci (bukan haid).

#jomsolat
#bulansolat
#solattiangagama
#pasukanmenteriagama
 
IMG_20220205_214901_734.jpg

Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak mendirikan solat.

Rasulullah SAW mengajarkan supaya disuruh anak untuk mendirikan solat pada umurnya mencapai usia tujuh tahun dan memukulnya dengan pukulan yang tidak mencederakan dengan niat untuk memberi pengajaran ketika anak tersebut berumur sepuluh tahun.

Dah ajar anak-anak solat?
 
IMG_20220207_195942_913.jpg

Antara Doa Nabi Ibrahim AS yang boleh kita amalkan selepas solat memohon agar keluarga taat menunaikan kewajipan solat.

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


#jomsolat
 
Back
Top
Log in Register