BTC USD 81,274.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Solat Sunat

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,716
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,716
Reaction score
3,506
Points
211
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muslim bin Ibrahim, diceritakan oleh Hisyam bin Abu 'Abdullah, diceritakan oleh Yahya bin Abu Katsir, daripada Muhammad bin 'Abdurrahman, daripada Jabir bin 'Abdullah,

"Rasulullah s.a.w. solat di atas tunggangannya
menghadap ke mana arah
tunggangannya menghadap.

Jika Rasulullah s.a.w. hendak melaksanakan solat yang fardhu,
maka Rasulullah s.a.w. turun
lalu solat menghadap Kiblat."


(Hadith Bukhari no. 385)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Musaddad, diceritakan oleh Mulazim bin 'Amr, diceritakan oleh Abdullah bin Badr, daripada Qais bin Thalq,

"Thalq bin Ali telah mengunjungi kami pada bulan Ramadhan

hingga petang dan berbuka bersama kami,

kemudian dia melakukan solat sebagai imam bagi kami pada malam itu,
dan melakukan Witir,

kemudian dia turun ke masjidnya
dan melaksanakan solat menjadi imam
bagi sahabat-sahabatnya.

Sehingga tatkala tinggal solat Witir,
dia mempersilakan seseorang ke depan dan mengatakan kepadanya,
"Solat Witirlah kamu sebagai imam
bagi sahabat-sahabatmu,

kerana aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda,

"Tidak ada dua (2) Witir
dalam satu (1) malam!"


(Hadith Abu Daud no. 1227)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Harun bin Ishaq, diceritakan oleh 'Abdah, daripada Sa'id, daripada Qatadah, daripada Zurarah bin Aufa,
daripada Sa'd bin Hisyam, daripada 'Aisyah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Solat Fajar dua (2) rakaat
(Solat Sunat Sebelum Subuh)
lebih baik

daripada dunia dan seisinya."

(Hadith Nasa'i no. 1738)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Abu Bakr bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Ishaq bin Sulaiman Abu Yahya Ar Razi, daripada Mughirah bin Ziyad, daripada 'Atho`, daripada 'Aisyah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa menjaga dua belas (12) rakaat solat sunnah,
maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.

Empat (4) rakaat sebelum Zohor,
dua (2) rakaat setelah Zohor,

dua (2) rakaat setelah Maghrib,

dua (2) rakaat setelah Isyak,

dan dua (2) rakaat sebelum Fajar (Subuh)."


(Hadith Ibnu Majah no. 1130)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
IMG_20230709_231239_427.jpg


KELEBIHAN SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH

Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "(Solat sunat) Dua rakaat sebelum Subuh adalah lebih baik dari (nilai) isi dunia dan seluruh yang ada padanya." (Riwayat Muslim (725)

Solat sunat fajar atau subuh mempunyai banyak kelebihan serta amat rugi bagi sesiapa yang tidak berusaha untuk mengamalkannya.

Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan mengikuti Nabi SAW. Amin.
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Nasa'i no. 1791
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Ahmad bin Nashih, diceritakan oleh Marwan bin Muhammad, daripada Sa'id bin 'Abdul 'Aziz, daripada Sulaiman bin Musa, daripada Makhul,
daripada 'Ansabah bin Abu Sufyan, daripada Ummu Habibah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa mengerjakan solat (sunat) empat (4) rakaat
sebelum Zohor
dan empat (4) rakaat sesudahnya,

Allah a.w.j. mengharamkannya
masuk ke dalam neraka."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ikuti Pesan Rasulullah SAW Dalam Solat Malam

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ لِلْإِثْمِ

Daripada Abu Umamah dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda: "Hendaknya kalian melakukan solat malam kerana solat malam adalah amalan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, dan mendekatkan kepada Tuhan kalian, menghapus keburukan, serta mencegah dosa." (Sunan Tirmidzi No: 3472) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Solat malam atau qiamullail adalah amalan orang-orang yang soleh. Allah SWT memuji para hamba-Nya yang soleh yang sentiasa melakukan solat malam dan bertahajud:

كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

“Mereka sedikit tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka memohon keampunan (kepada Allah).” [Adz-Dzaariyaat/51: 17-18]

2. Solat malam adalah amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagai makanan spiritual membina kekuatan dalaman diri setiap Muslim.

3. Solat malam boleh menghapuskan keburukan atau kesalahan serta dosa.

4. Solat malam juga boleh mencegah seseorang dari melakukan dosa dan maksiat.

Peruntukkanlah sedikit waktu pada waktu malam sebelum solat subuh untuk melakukan solat sunat malam agar ia menjadi sebahagian dari kebiasaan kita sepertimana amalan orang yang soleh.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

09hb Okt 2023
23hb Rabiul Awal 1445H
 
IMG_20231214_115749_229.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Rumah di Syurga buat mereka yang suka solat sunat

Dari Ummul Mukminin Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan RA. berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorang hamba yang muslim pun yang solat sunat kerana Allah Ta'ala setiap hari dua belas rakaat, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: "Melainkan disediakan baginya sebuah rumah dalam syurga."

HR Muslim
 
IMG_20231215_084856_818.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Kelebihan solat sunat sebelum subuh yang tak ramai mampu buat

Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Dua rakaat sunat fajar adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan seisinya."

HR Muslim
 
IMG_20231219_210006_117.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Solat qiamullail tanda syukur kita pada Allah


Dari Aisyah RA berkata: "Nabi SAW sentiasa mengerjakan solat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Kemudian saya berkata kepadanya: "Wahai Rasulullah, mengapa berbuat demikian padahal semua dosa tuan, baik yang telah lalu mahupun yang kemudian telah diampunkan?" Rasulullah SAW bersabda: "Tidakkah selayaknya aku ini menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?"

HR Muslim
 
Back
Top
Log in Register