BTC USD 79,899.5 Gold USD 4,349.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Solat Berjemaah

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,715
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,715
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Qutaibah, daripada Malik, daripada Nafi', daripada Ibnu 'Umar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Solat berjemaah lebih baik
daripada solat bersendirian.

Dengan kelebihan dua puluh tujuh (27) darjat."

(Hadith Nasa'i no. 828)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Mahmud bin Ghailan, diceritakan oleh Abu Mu'awiyah & Abdullah bin Numair, daripada Al A'masy,
daripada Isma'il bin Raja` Az Zubair, daripada Aus bin Dlam'aj, daripada Abu Mas'ud Al Anshari,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Yang paling berhak untuk menjadi imam
pada suatu kaum
adalah yang paling bagus dalam membaca Al-Qur'an.

Jika mereka sama dalam membaca,
maka yang paling faham dalam sunnah.

Jika mereka sama dalam sunnah,
maka yang paling dahulu hijrah (memeluk Islam).

Jika mereka sama dalam hijrah,
maka yang paling tua umurnya.

Janganlah seseorang menjadi imam
dalam kekuasaan orang lain (tuan rumah atau seumpamanya).
Dan jangan duduk di tempat keistimewaan
di rumahnya.
Kecuali dengan izinnya."


(Hadith Tirmidzi no. 218)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Hafsh bin Umar, diceritakan oleh Syu'bah, daripada Abu Ishaq, daripada Abdullah bin Abu Bashir, daripada Ubay bin Ka'ab,

"Rasulullah s.a.w. pernah mengerjakan solat Subuh
bersama kami,
lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Apakah si fulan hadir?"

Mereka (para sahabat) menjawab,
"Tidak."


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Apakah si fulan hadir?"

Para sahabat menjawab,
"Tidak."


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Dua (2) solat ini (Subuh dan Isyak) adalah
solat yang paling berat
bagi orang-orang munafik.

Andai kata kalian mengetahui apa (keutamaan) yang ada
pada kedua-duanya,
nescaya kalian akan menghadirinya
sekalipun dengan merangkak.

Dan sesungguhnya saf pertama
adalah seperti saf para malaikat.
Seandainya kalian mengetahui keutamaan saf pertama,
nescaya kalian akan merebutkannya.

Sesungguhnya solat seseorang yang berjemaah dengan satu (1) orang,
adalah lebih baik
daripada solat sendirian.

Dan solatnya bersama dua (2) orang jemaah,
adalah lebih baik
daripada solat bersama seorang jemaah.

Semakin banyak jemaahnya,
maka semakin dicintai oleh Allah Ta'ala."

(Hadith Abu Daud no. 467)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Hajjaj bin Minhal, diceritakan oleh Syu'bah, daripada Muhammad bin Ziyad, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Tidakkah salah seorang daripada kalian takut,
atau apakah salah seorang daripada kalian tidak takut,

jika dia mengangkat kepalanya
sebelum Imam
(mendahului imam),

Allah akan menjadikan kepalanya
seperti kepala keldai,

atau Allah akan menjadikan rupanya
seperti bentuk keldai?"


(Hadith Bukhari no. 650)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
IMG_20230301_203719_989.jpg


KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH ISYAK DAN SUBUH

Daripada Utsman bin ‘Affan RA ia berkata ; Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa melaksanakan solat Isyak berjemaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, Dan barangsiapa melaksanakan solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam.”

Marilah sama-sama kita berusaha dan berazam untuk menunaikan solat-solat fardhu secara berjemaah. Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menjaga solat.
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Uqbah bin Mukram & Nashr bin Ali Al Jahdlami, diceritakan oleh Abu Qutaibah Salm bin Qutaibah, daripada Thu'mah bin 'Amru,
daripada Habib bin Abu Tsabit, daripada Anas bin Malik,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa solat berjemaah
selama empat puluh (40) hari
dengan mendapatkan takbir pertama,
ikhlas kerana Allah,

maka akan dicatat baginya
terbebas daripada dua (2) hal.

1) Terbebas daripada api neraka

2) Dan terbebas daripada sifat munafik."


(Hadith Tirmidzi no. 224)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Ahmad bin Hanbal, diceritakan oleh Ishaq bin Yusuf, diceritakan oleh Sufyan, daripada Abu Sahl (Uthman bin Hakim), daripada Abdurrahman bin Abu 'Amrah, daripada Uthman bin Affan,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa yang mengerjakan solat Isyak
secara berjemaah,
itu seperti beribadah setengah (1/2) malam.

Dan barangsiapa yang mengerjakan solat Isyak
dan Subuh
secara berjemaah,
maka dia seperti beribadah semalaman."


(Hadith Abu Daud no. 468)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
IMG_20230405_144853_452.jpg


Kelebihan Solat Sehingga Imam Selesai

Daripada Abu Zar al-Ghifari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalan (seumpama bersolat sepanjang malam).”

Riwayat al-Tirmizi, 734
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Bukhari no. 683
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh 'Amru bin Khalid, diceritakan oleh Zuhair, daripada Humaid, daripada Anas bin Malik,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Luruskanlah saf-saf kalian.

Sesungguhnya aku dapat melihat kalian
dari sebalik punggungku."


Anas bin Malik berkata,
"Dan setiap orang daripada kami
merapatkan bahunya
kepada bahu temannya.

Dan kakinya (dirapatkan)
pada kaki temannya."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Tirmidzi no. 535
Darjat: Hasan


Diceritakan oleh Abdullah bin Mu'awiyah Al Jumahi Al Bashri, diceritakan oleh Abdul 'Aziz bin Muslim, diceritakan oleh Abu Zhilal, daripada Anas bin Malik,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa yang solat Subuh berjemaah.

Kemudian duduk berzikir
sehingga matahari terbit.

Yang dilanjutkan
dengan solat (sunat) dua (2) rakaat.

Maka dia mendapat pahala
seperti pahala haji dan umrah.

Sempurna.
Sempurna.
Sempurna."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register