boca120879
Super Active Member

- Messages
- 9,642
- Joined
- Dec 27, 2018
- Messages
- 9,642
- Reaction score
- 3,506
- Points
- 211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Muslim no. 201
Darjat: Sahih
Diceritakan oleh Abu Kuraib Muhammad bin al-'Ala', diceritakan oleh Khalid (Ibnu Makhlad), diceritakan oleh Muhammad bin Ja'far,
daripada al-Ala' bin Abdurrahman, daripada bapanya (Abdurrahman), daripada Abu Hurairah,
"Seorang lelaki bertemu dengan Rasulullah s.a.w. seraya berkata,
"Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu
jika ada seorang lelaki yang ingin merampas harta bendaku?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Jangan kamu berikan hartamu kepadanya!"
Lelaki itu bertanya lagi,
"Lalu bagaimana jika dia hendak membunuhku?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Bunuhlah dia!"
Lelaki itu bertanya lagi,
"Lalu bagaimana pendapatmu kalau dia berhasil membunuhku?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Maka kamu syahid."
Lelaki itu bertanya lagi,
"Bagaimana pendapatmu jika aku yang berhasil membunuhnya?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Dia yang akan masuk ke dalam api neraka."
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Last edited: