BTC USD 81,081.1 Gold USD 4,378.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Perang

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Nasa'i no. 3046
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh 'Abdah bin Abdur Rahim, diceritakan oleh Salamah bin Sulaiman, diceritakan oleh Ibnu Al Mubarak, diceritakan oleh Wuhaib (Ibnu Al Ward),
diceritakan oleh Umar bin Muhammad bin Al Munkadir, daripada Sumai, daripada Abu Shaleh, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa yang meninggal (dunia).

Dan dia belum berperang.
Dan tidak berniat untuk perang.

Dia mati pada salah satu cabang kemunafikan."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 1585
Darjat: Hasan sahih


Diceritakan oleh Muhammad bin Basysyar, diceritakan oleh Mu'adz bin Hisyam, diceritakan oleh bapanya (Hisyam), daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Tidak ada seorang pun daripada penduduk syurga
yang suka untuk kembali lagi ke dunia.
Kecuali orang yang mati syahid.

Sesungguhnya dia suka untuk kembali lagi ke dunia.
Dia mengatakan,
"Sehingga aku terbunuh sepuluh (10) kali."
Pada jalan Allah.

Hal itu kerana
dia melihat kemuliaan yang diberikan oleh Allah
kepadanya."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
IMG_20240102_160146_402.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Buat persiapan untuk berjuang juga mendapat pahala pergi berjuang

Dari Zaid bin Khalid RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mempersiapkan keperluan orang yang berperang pada jalan Allah, maka dia dianggap telah ikut berperang. Dan barangsiapa yang menjaga keluarga orang yang berperang dengan baik maka dia dianggap telah ikut berperang."

(HR Muslim)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Muslim no. 3532
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Harmalah bin Yahya, diceritakan oleh Abdullah bin Wahb, diceritakan oleh Abu Syuraikh, diceritakan oleh Sahl bin Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif,
diceritakan oleh ayahnya (Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif), daripada datuknya (
Sahl bin Hunaif),
Nabi s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa mengharapkan mati syahid
dengan sungguh-sungguh.

Maka Allah akan mengangkatnya
sampai ke darjat para syuhada.

Walaupun dia meninggal dunia
di atas tempat tidur."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Tirmidzi no. 1591

Darjat: Hasan sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Hurairah (radiyallāhu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Orang yang mati syahid (perang)
tidak merasai kesakitan dibunuh.

Melainkan
seperti mana salah seorang daripada kalian
merasai sakitnya dicubit.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Tirmidzi no. 1591

Darjat: Hasan sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Hurairah (radiyallāhu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Orang yang mati syahid (perang)
tidak merasai kesakitan dibunuh.

Melainkan
seperti mana salah seorang daripada kalian
merasai sakitnya dicubit.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1751340363468.png


1751340385230.png
 
Back
Top
Log in Register