BTC USD 81,159.0 Gold USD 4,378.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Perang

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,717
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,717
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Abu Awanah, daripada Suhail bin Abu Shalih, daripada bapanya (Abu Shalih), daripada Abu Hurairah,


"Ditanyakan kepada Rasulullah s.a.w.

"Wahai Rasulullah,
amalan apa yang boleh menyamai jihad (perang)?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Kalian tidak akan mampu."

Mereka lalu mengulangi pertanyaan tersebut
sehingga dua atau tiga kali.

Dan setiap itu pula Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Kalian tidak akan mampu."

Dan pada kali ketiganya Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Perumpamaan seorang mujahid di jalan Allah
seperti seorang yang berdiri solat dan puasa.
Dia tidak pernah berhenti daripada solat dan puasanya
sehingga orang yang berjihad di jalan Allah
kembali dari medan perang."


(Hadith Tirmidzi no. 1544)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا
Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi,
kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya.


وَإِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

Dan sesungguhnya Allah,
benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu,


(Surah Al-Hajj 22:39)

الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ

(iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka
tanpa alasan yang benar,
kecuali kerana mereka berkata,
"Tuhan kami hanyalah Allah."


وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا
Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia
ke atas sebahagian yang lain,
tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani,
gereja-gereja,
rumah-rumah ibadat orang Yahudi
dan masjid-masjid,
yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.


وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ
Sesungguhnya Allah pasti menolong
orang yang menolong (agama)-Nya.


إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,

(Surah Al-Hajj 22:40)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Syaiban bin Farruh, diceritakan oleh Jarir (Ibnu Hazim), diceritakan oleh Ghailan bin Jarir, daripada Abu Qais bin Riyah, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa keluar daripada ketaatan
dan tidak mahu bergabung dengan jemaah,
kemudian dia mati,
maka matinya seperti mati jahiliyah.

Dan barangsiapa mati
di bawah bendera kefanatikan,
dia marah kerana fanatik kaum
atau kerana ingin menolong kebangsaan,
kemudian dia mati,
maka matinya seperti mati jahiliyah.

Dan barangsiapa keluar daripada umatku,
kemudian menyerang orang-orang yang baik
mahu pun yang fajir (selalu berbuat dosa)
tanpa mempedulikan orang Mukmin.

Dan tidak pernah mengotakan janji
yang telah dibuatnya,

maka dia tidak termasuk daripada golonganku
dan aku tidak termasuk daripada golongannya."


(Hadith Muslim no. 3436)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Hisyam bin 'Amar, diceritakan oleh Al Walid bin Muslim, diceritakan oleh Yahya bin Al Harits Adz Dzamari, daripada Al Qasim,
daripada Abu Umamah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa yang tidak berperang,

dan tidak membuat persiapan
untuk orang yang berperang

atau membantu orang yang berperang
dalam menguruskan keluarganya (orang yang berperang)
dengan baik,

maka Allah akan menimpakannya malapetaka
sebelum hari kiamat."


(Hadith Ibnu Majah no. 2752)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 1328
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Muhammad bin Basysyar, diceritakan oleh Abdurrahman bin Mahdi, diceritakan oleh Sufyan, daripada 'Alqamah bin Martsad, daripada Sulaiman bin Buraidah,
daripada ayahnya (Buraidah),


"Ketika Rasulullah s.a.w. mengutus seorang ketua pasukan,

Rasulullah s.a.w. memberi wasiat khusus
untuk dirinya untuk bertaqwa kepada Allah.

Dan wasiat kebaikan
kepada kaum muslimin yang bersamanya."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Berperanglah dengan nama Allah
dan di Jalan Allah.
Perangilah orang yang kafir,
berperanglah.

Dan janganlah melampaui batas,
berkhianat,
mencacatkan (anggota badan musuh)
dan janganlah membunuh anak-anak."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 3664
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh 'Abdullah bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Yahya, daripada Sufyan, daripada Abu Ishaq, daripada Al Barra',

"Jumlah pasukan Badar
sekitar tiga ratus sepuluh orang.

Seperti jumlah tentera Thalut yang menyeberangi sungai.
Dan tidak ada yang dapat menyeberangi sungai
melainkan orang beriman.
Di mana jumlahnya
sekitar tiga ratus sepuluh orang."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 2597
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Muhammad bin 'Abdur Rohim, diceritakan oleh Syababah bin Sawwar Al Fazariy, diceritakan oleh Isra'il, daripada Abu Ishaq, daripada Al Bara' r.a.

"Ada seorang lelaki bertopeng besi
datang menemui Nabi s.a.w.
seraya berkata,


"Apakah aku berperang
atau masuk Islam lebih dahulu?"


Maka Nabi s.a.w. bersabda,
"Kamu masuk Islam dahulu.
Kemudian berperang."


Maka lelaki itu masuk Islam.
Lalu berperang sehingga terbunuh.


Kemudian Nabi s.a.w. bersabda,
"Orang ini amalnya sedikit.
Namun diberi pahala yang banyak."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 3788
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Ya'qub bin Ibrahim, diceritakan oleh Yahya bin Sa'id, daripada 'Ubaidullah, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar r.a.

"Nabi s.a.w. pernah mendapatinya (Ibnu Umar)
dalam barisan perang Uhud.
Ketika berusia empat belas (14) tahun.
Namun Nabi s.a.w. tidak mengizinkannya.

Dan kemudian Nabi s.a.w. kembali mendapatinya (Ibnu Umar)
dalam barisan perang Khandaq.
Ketika dia berusia lima belas (15) tahun.
Nabi s.a.w. akhirnya mengizinkannya."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 2576
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Musaddad, diceritakan oleh Khalid, diceritakan oleh Habib bin Abu 'Amrah, daripada 'Aisyah binti Thalhah, daripada 'Aisyah r.a.

"Wahai Rasulullah.
Engkau telah menjelaskan bahawa
jihad (perang) adalah amal yang paling utama.

Apakah kami (golongan wanita) boleh berjihad?"

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Tidak.
Tetapi jihad yang paling utama (untuk golongan wanita)
adalah haji mabrur."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Muslim no. 3512
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Abu Ar Rabi' Az Zahrani, diceritakan oleh Yazid (Ibnu Zurai), diceritakan oleh Husain Al Mu'allim, diceritakan oleh Yahya bin Abu Katsir,
daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, dari Busr bin Sa'id, daripada Zaid bin Khalid Al Juhani,
Nabi Allah s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa mempersiapkan kelengkapan seseorang
yang hendak berperang,
bererti dia ikut berperang.

Dan barangsiapa menguruskan keluarga orang yang berperang,
bererti dia telah ikut berperang."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register