BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Pemimpin / Penguatkuasa vs. Yang Dipimpin

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,639
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,639
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Ahmad bin Yunus, diceritakan oleh Ibnu Abu Dzi'b, daripada Sa'id Al Maqburi, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Kalian akan rakus terhadap kedudukan (jawatan tinggi),

padahal kedudukan itu akan menjadi penyesalan di hari kiamat.

Ia adalah seenak-enak penyusuan

dan seperit-perit ketika bercerai susu (sebagai perumpamaan)."

(Hadith Bukhari no. 6615)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu Al Yaman, diceritakan oleh Syu'aib, diceritakan oleh Abu Az Zanad, diceritakan oleh Al A'raj, diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa yang taat kepadaku,
bererti dia telah taat kepada Allah.

Dan barangsiapa yang berbuat dosa kepadaku,
bererti dia telah berbuat dosa kepada Allah.

Dan barangsiapa yang taat kepada pemimpin,
bererti dia telah taat kepadaku.

Dan barangsiapa yang berbuat dosa kepada pemimpin,
bererti dia telah berbuat dosa kepadaku.

Dan sesungguhnya imam (pemimpin)
adalah umpama benteng,
di mana orang-orang akan berperang,
mengikutinya
dan berlindung dengannya.

Maka jika dia memerintah
dengan berlandaskan taqwa kepada Allah
dan keadilan,
maka dia akan mendapat pahala.

Namun jika dia berkata (berbuat) sebaliknya,
maka dia akan menanggung dosa."


(Hadith Bukhari no. 2737)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Laits, daripada 'Ubaidullah, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Wajib setiap orang
untuk mendengar
dan taat (pada pemimpin).

Baik terhadap sesuatu yang dia suka
atau benci.

Kecuali jika dia diperintahkan
untuk berbuat dosa.
Maka tidak ada kewajipan baginya
untuk mendengar
dan taat."


(Hadith Muslim no. 3423)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Syaiban bin Farrukh, diceritakan oleh Abu al-Asyhab, daripada al-Hasan,


"Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar al-Muzani yang sedang sakit
dan menyebabkan kematiannya.


Ma'qil bin Yasar al-Muzani lalu berkata,
"Sungguh, aku ingin menceritakan kepadamu
sebuah Hadith yang aku pernah mendengarnya
daripada Rasulullah s.a.w.
Sekiranya aku mengetahui bahawa aku (masih) memiliki kehidupan,
nescaya aku tidak akan menceritakannya.

Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa diberi beban (tanggungjawab) oleh Allah
untuk memimpin rakyatnya.

Lalu (dia) mati dalam keadaan menipu rakyat,
nescaya Allah mengharamkan syurga ke atasnya."


(Hadith Muslim no. 203)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Utsman bin Haitsam, diceritakan oleh Auf, daripada Al Hasan, daripada Abu Bakrah,


"Sesungguhnya Allah telah memberi manfaat kepadaku
dengan kalimat yang aku dengar daripada Rasulullah.

Iaitu pada waktu perang Jamal,
tatkala aku hampir menyertai dengan para penunggang unta
lalu aku ingin berperang bersama mereka.

Abu Bakrah berkata,
"Tatkala sampai kepada Rasulullah s.a.w.,
bahawa penduduk Persia telah dipimpin
oleh seorang anak perempuan puteri raja Kisra.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Suatu kaum tidak akan beruntung,
jika dipimpin oleh seorang wanita."


(Hadith Bukhari no. 4073)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Utsman bin Haitsam, diceritakan oleh Auf, daripada Al Hasan, daripada Abu Bakrah,


"Sesungguhnya Allah telah memberi manfaat kepadaku
dengan kalimat yang aku dengar daripada Rasulullah.

Iaitu pada waktu perang Jamal,
tatkala aku hampir menyertai dengan para penunggang unta
lalu aku ingin berperang bersama mereka.

Abu Bakrah berkata,
"Tatkala sampai kepada Rasulullah s.a.w.,
bahawa penduduk Persia telah dipimpin
oleh seorang anak perempuan puteri raja Kisra.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Suatu kaum tidak akan beruntung,
jika dipimpin oleh seorang wanita."


(Hadith Bukhari no. 4073)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Lelaki tetap pemimpin kepada kaum wanita
 
Ada agamawan yang kata,
Hadith ni melibatkan pemimpin tertinggi.
Untuk pemimpin2 bawahan,
diharuskan, wanita jadi pemimpin.

Bagi saya,
lebih baik elakkan.

Wallahu a'lam.

Saya berpegang pada ayat ini

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

اَلرِّجَا لُ قَوَّا مُوْنَ عَلَى النِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ اللّٰهُ بَعْضَهُمْ عَلٰى بَعْضٍ وَّبِمَاۤ اَنْفَقُوْا مِنْ اَمْوَا لِهِمْ ۗ فَا لصّٰلِحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّٰهُ ۗ وَا لّٰتِيْ تَخَا فُوْنَ نُشُوْزَهُنَّ فَعِظُوْهُنَّ وَاهْجُرُوْهُنَّ فِى الْمَضَا جِعِ وَا ضْرِبُوْهُنَّ ۚ فَاِ نْ اَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوْا عَلَيْهِنَّ سَبِيْلًا ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَا نَ عَلِيًّا كَبِيْرًا

"Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (istri), karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dari hartanya. Maka perempuan-perempuan yang saleh, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, karena Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Maha Besar."

(QS. An-Nisa' 4: Ayat 34)
 
IMG_20221116_080237_733.jpg

PEMIMPIN HARUS DENGAR LUAHAN RAKYAT

Pemimpin perlu mendengar pandangan dan luahan rakyatnya kerana seorang pemimpin yang baik adalah yang mencintai rakyatnya dan rakyatnya mencintai pemimpinnya.
 
Back
Top
Log in Register