BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Niat & Usaha

Status
Not open for further replies.

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,719
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,719
Reaction score
3,506
Points
211
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Rumh, diceritakan oleh Al Laits bin Sa'd, diceritakan oleh Yahya bin Sa'id, diceritakan oleh Muhammad bin Ibrahim At Taimi, diceritakan oleh 'Alqamah bin Waqash,

"Dia ('Alqamah bin Waqash) mendengar Umar bin Khatthab sedang berkhutbah di hadapan manusia, katanya,
"Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya setiap amalan
bergantung pada niat,

dan balasan bagi seseorang itu
setimpal dengan apa yang diniatkannya.

Maka barangsiapa hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya,
maka pahala hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya,

dan barangsiapa hijrahnya untuk dunia
atau wanita yang akan dinikahinya,
maka balasan hijrahnya
setimpal dengan tujuan hijrahnya tersebut."


(Hadith Ibnu Majah no. 4217)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abu Kuraib, diceritakan oleh Abu Khalid al-Ahmar, daripada Hisyam, daripada Ibnu Sirin, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa berniat untuk buat kebaikan,
namun belum melakukannya,
maka dicatatlah untuknya sebagai satu (1) kebaikan,

dan barangsiapa berniat untuk buat kebaikan,
lalu melakukannya,
maka dicatatlah untuknya sebagai sepuluh (10) kebaikan hingga tujuh ratus (700) kali ganda.

Dan barangsiapa berniat untuk buat keburukan,
namun belum melakukannya,
maka tidak dicatat sebagai dosa,

namun jika dia melakukannya,
maka ditulislah sebagai satu (1) dosa untuknya."


(Hadith Muslim no. 186)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ahmad bin Fadhalah, diceritakan oleh Abdur Razzaq, diceritakan oleh Ma'mar, daripada Ayyub, daripada Al Hasan, daripada Al Ahnaf bin Qais, daripada Abu Bakrah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


" Apabila dua orang Muslim bertemu
dengan pedang mereka

kemudian salah seorang antara mereka
membunuh sahabatnya,

maka orang yang membunuh
dan yang dibunuh
berada dalam neraka."


Para sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah,
ini orang yang membunuh,

maka bagaimana dengan orang yang dibunuh?"


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Dia ingin membunuh sahabatnya."

(Hadith Nasa'i no. 4053)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ahmad bin Fadhalah, diceritakan oleh Abdur Razzaq, diceritakan oleh Ma'mar, daripada Ayyub, daripada Al Hasan, daripada Al Ahnaf bin Qais, daripada Abu Bakrah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


" Apabila dua orang Muslim bertemu
dengan pedang mereka

kemudian salah seorang antara mereka
membunuh sahabatnya,

maka orang yang membunuh
dan yang dibunuh
berada dalam neraka."


Para sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah,
ini orang yang membunuh,

maka bagaimana dengan orang yang dibunuh?"


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Dia ingin membunuh sahabatnya."

(Hadith Nasa'i no. 4053)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Tuan,

Mohon letakkan skali bahasa arab nya
Sy nak lihat word by word instead translation saja

Terima kasih
 
Tuan,

Mohon letakkan skali bahasa arab nya
Sy nak lihat word by word instead translation saja

Terima kasih
Sama2 encik.

Saya rasa sudah memadai
dengan bahasa Melayunya,
supaya ringkas & mudah faham.
"Wall of text" boleh buat
"mood" jadi "boring" untuk baca.

Apa kata encik buka thread Hadith baru
yang lengkap dengan
bahasa Arabnya,
status oleh para ulamanya
tafsiran oleh para ulamanya,
dan sebagainya.
 
Last edited:
Sama2 encik.

Saya rasa sudah memadai
dengan bahasa Melayunya,
supaya ringkas & mudah faham.
"Wall of text" boleh buat
"mood" jadi boring untuk baca.

Apa kata encik buka thread Hadith baru
yang lengkap dengan
bahasa Arabnya,
status oleh para ulamanya
tafsiran oleh para ulamanya,
dan sebagainya.

Kalau ada bahasa jawi nya maka kita bole semak translasi dgn betul

Kita tidak mau hadis nabi di salah gunakan dlm translasi

Mesti ada rujukan dgn perkataan yg asli
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register