BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,341.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Kematian & Kubur

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Humaid bin Mas'adah, daripada Bisyr bin Al Mufadldlal, daripada Syu'bah, daripada Sulaiman Al A'masy, daripada Mujahid, daripada 'Aisyah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Janganlah kalian mencela
orang-orang yang telah meninggal dunia.

Kerana mereka telah sampai
kepada apa yang mereka lakukan (pembalasan amal)."


(Hadith Nasa'i no. 1910)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abdurrahman bin Al Aswad, diceritakan oleh Abu 'Amr Al Basyri, diceritakan oleh Muhammad bin Rabi'ah, daripada Ibnu Juraij, daripada Abu Zubair, daripada Jabir,


"Nabi s.a.w. melarang

mengecat (menghiasi) kubur,

menulis di atasnya,

membuat binaan di atasnya

dan melangkah di atasnya."


(Hadith Tirmidzi no. 972)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Hafsh, daripada Hisyam, daripada bapanya, daripada 'Aisyah,

"Rasulullah s.a.w. dikapani
dengan tiga (3) helai kain putih
buatan Yaman,
yang diperbuat daripada kapas,
tanpa ada baju (kain berjahit)
dan serban (penutup kepala)."

Kemudian disebutkan kata-kata mereka kepada Aisyah
(iaitu dengan dua (2) kain
dan satu (1) kain daripada kapas bercorak dari Yaman).

Aisyah berkata,
"Kain kapas dengan corak itu telah ditawarkan.
Namun mereka menolaknya.
Dan mereka tidak mengkapani Rasulullah s.a.w.
dengan kain itu."


(Hadith Nasa'i no. 1873)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Abu Daud no. 2792

Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Al Qa'nabi, diceritakan oleh Abdul Aziz bin Muhammad, daripada Sa'd bin Sa'id, daripada 'Amrah binti Abdurrahman, daripada Aisyah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Mematahkan tulang orang yang mati

seperti halnya
mematahkannya
ketika dia masih hidup."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
IMG_20230530_111829_001.jpg


KEMATIAN SEBAGAI PERINGATAN

Nabi SAW menasihati kita bahawa dengan mengingati kematianlah kita dapat menghindari diri daripada melakukan dosa dan maksiat.
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Tirmidzi no. 2229

Darjat: Hasan sahih

Diceritakan oleh Mahmud bin Ghailan, diceritakan oleh Al Fadl bin Musa, daripada Muhammad bin 'Amru, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Banyak-banyaklah mengingati pemutus kenikmatan.

Iaitu kematian."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ziarah Kubur

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ زَارَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّى فِى أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِى وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِى أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِى فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ

Daripada Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah SAW berziarah kepada makam ibunya, lalu beginda menangis, kemudian menangis pula lah orang-orang di sekitar baginda. Baginda lalu bersabda: “Aku meminta izin kepada Rabb-ku untuk memintakan ampunan bagi ibuku, namun aku tidak diizinkan melakukannya. Maka aku pun meminta izin untuk menziarahi kubur ibuku, aku pun diizinkan. Ziarahlah kubur, kerana ia dapat mengingatkan engkau akan kematian” (HR. Muslim No.108) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ziarah kubur merupakan salah satu ibadah yang disyariatkan dalam Islam.

2. Tujuan berziarah kubur adalah untuk menasihati diri dan mengingatkan diri sendiri akan kematian (Syarh Shahih Muslim Lin Nawawi, 3/402)

3. Hikmah menziarahi kubur juga bagi melunakkan hati yang keras dan memadamkan kesombongan diri. Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور ألا فزوروها فإنها ترق القلب وتدمع العين وتذكر الآخرة ولا تقولوا هجرا

“Dulu aku pernah melarang kalian untuk berziarah-kubur. Namun sekarang ketahuilah, hendaknya kalian berziarah kubur. Kerana ia dapat melembutkan hati, membuat air mata berlinang, dan mengingatkan kalian akan akhirat namun jangan kalian mengatakan perkataan yang tidak layak (qaulul hujr), ketika berziarah” (HR. Al Haakim no.1393, Status Sahih dalam Sahih Al Jaami’, 7584)

4. Al Munawi berkata: “Tidak ada ubat yang paling bermanfaat bagi hati yang kelam selain menziarahi kubur. Ziarah kubur akan menjadi penyebab mengingati kematian, akan menghalangi seseorang dari maksiat, melembutkan hatinya yang kelam, mengusir kesenangan terhadap dunia, menjadikan musibah yang kita alami terasa ringan. Ziarah kubur itu sangat dahsyat pengaruhnya untuk mencegah hitamnya hati dan menguburkan sebab-sebab datangnya dosa. Tidak ada amalan yang sehebat ini pengaruhnya” (Faidhul Qaadir, 88/4)

Jadikan ziarah kubur kita sebagai pelembut hati dan penasihat diri.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

28hb Januari 2024
16hb Rejab 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Diseksa Di alam Kubur

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ بَعْضِ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ وَإِنَّهُ لَكَبِيرٌ كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا بِكِسْرَتَيْنِ أَوْ ثِنْتَيْنِ فَجَعَلَ كِسْرَةً فِي قَبْرِ هَذَا وَكِسْرَةً فِي قَبْرِ هَذَا فَقَالَ لَعَلَّهُ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا

Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW pernah keluar dari salah satu kebun yang ada di Madinah, lalu baginda mendengar suara dua orang yang sedang di seksa di kuburnya, setelah itu baginda bersabda: "Tidaklah keduanya diseksa kerana dosa besar namun hal itu adalah perkara yang besar, salah satu darinya adalah tidak bersuci dari kencingnya dengan sempurna manakala seorang lagi diseksa kerana selalu mengadu domba." Kemudian baginda meminta sepotong pelepah kurma yang masih basah. Baginda membelahnya menjadi dua, sepotong baginda tancapkan di kubur yang satu dan sepotong di kuburan yang lain. Baginda kemudian bersabda: 'Semoga ia boleh meringankan seksa keduanya selagi daun kurma ini belum kering.'(HR Bukhari No: 1361) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim perlu memiliki akhlak yang sejahtera.

2. Ada orang yang diseksa di alam kubur disebabkan akhlak buruk mereka semasa di dunia.

3. Dua jenis penghuni kubur diseksa disebabkan tidak membasuh kencing dengan sempurna dan kesalahan mengadu domba (menimbulkan permusuhan).

4. Perbuatan namimah atau mengadu domba adalah buruk. Rasulullah SAW Ketika peristiwa Isra Mikraj telah diperlihatkan azab pengadu domba ini. Anas bin Malik R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَمَّا عُرِجَ بِيْ مَرَرْتُ بِقَوْمٍ لَهُمْ أَظْفَارٌ مِنْ نُحَاسٍ يَخْمِشُون بها وُجُوْهَهُمْ وصُدورَهم فَقُلْتُ: مَنْ هَؤُلاَءِ يَا جِبْرِيْلُ؟ قَالَ : هَؤُلاَءِ الَّذِيْنَ يَأْكُلُوْنَ لُـحُوْمَ النَّاسِ وَيَقَعُوْنَ فِي أَعْرَاضِهِم

“Ketika aku dinaikkan ke langit (dalam peristiwa isra’ dan Mi’raj), aku melalui satu kaum yang memiliki kuku panjang dibuat daripada tembaga, mereka mencakar muka dan dada mereka. Lalu aku bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Jibril?” Jibril AS menjawab: “Mereka adalah orang yang memakan daging manusia dan mencela kehormatan mereka.” (HR Abu Daud No: 4878)

Jadilah kita seorang yang pembersih dan sentiasa menjauhi perbuatan mengadu domba.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

05hb Februari 2024
24hb Rejab 1445H
 
Back
Top
Log in Register