BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Kebaikan vs. Dosa

Hati yang bersih, dan insan yang beriman akan rasa tidak senang kepada maksiat. Dia akan rasa bersalah apabila melakukan maksiat.

Daripada Nawwas bin Sam'an radiallahu 'anhu: Aku bertanya kepada Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam tentang kebaikan dan dosa.

Baginda menjawab: Kebaikan itu adalah akhlak yang baik.
Dosa pula adalah apa yang menggelisahkan hati dan engkau tidak suka manusia mengetahuinya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Adab wa al-Silah, hadis no: 2553]
---
Jika kita tidak rasa gelisah tatkala melakukan dosa, tidak malu menampilkan dosa kepada manusia, maka kita sedang dalam keadaan yang sangat bahaya.
 
1000359809.jpg


❇️ KALAM HIKMAH ❇️

TERUSKAN BUAT KEBAIKAN

افعل الخير ولو كنت غارقا في أنهار المعاصي فربما عمل خالص لله ينجيك.

Buatlah kebaikan walaupun kamu sedang tenggelam di dalam lautan maksiat, kemungkinan satu perbuatan yang dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah ianya akan menyelamatkan kamu.

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#KalamHikmah
 
1000374073.jpg


❇️ KALAM HIKMAH ❇️

BENIH JIWA BERKEMBANG DENGAN KEBAIKAN

في قلبِ كل إنسان نبتة صَالحَة؛ إن سقاها بالخير تفرّعت وصنعَت له بستُانًا ، وإن سقاها بالشر فسَدت وأفسدت أرضه!

“Di dalam jiwa setiap insan terdapat sebiji benih yang elok. Sekiranya disiram dengan kebaikan ia akan berkembang sehingga menjadi sebuah kebun, tetapi sekiranya disiram dengan kejahatan ia akan rosak dan akan merosakkan tanahnya."

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#KalamHikmah
 
niat buat baik,niat buat jahat

 
1000526188.jpg


"❇️ KALAM HIKMAH ❇️

من يأت الخطيئة وهو يضحك: دخل النار وهو يبكي».

Sesiapa yang buat dosa dalam keadaan ketawa , dia akan masuk neraka dalam keadaan menangis.

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#KalamHikmah
 
1000546683.jpg


⭐️ HADIS HARI INI ⭐

JADI EJEN KEBAIKAN, PAHALA PUN DAPAT.

“Orang yang menunjukkan kepada kebaikan, akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.”

(Riwayat Muslim: 1893)

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
 
Back
Top
Log in Register