BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Kebaikan vs. Dosa

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Uthman bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Jarir, daripada Al A'masy, daripada Abu Zhabyan, daripada Ibnu Abbas,

"Didatangkan kepada Umar,
seorang wanita gila yang berzina.

Umar berbincang dengan orang ramai.
Kemudian dia memerintahkan
agar wanita itu direjam.

Wanita itu lalu dibawa
berhampiran dengan Ali bin Abu Talib.

Ali bin Abu Talib bertanya,
"Ada apa dengan wanita ini?"

Orang ramai menjawab,
"Wanita gila dari bani fulan.
Dia telah berzina.
Dan Umar memerintahkan
agar dia direjam sahaja."


Ali bin Abu Talib kemudian berkata,
"Bawalah dia kembali."


Ali bin Abu Talib lantas menemui Umar
dan berkata,
"Wahai Amirul Mukminin,
tidakkah engkau tahu bahawa
pena pencatat amal (dosa) itu diangkat (tidak dikira)
daripada tiga (3) golongan manusia.

1) Orang gila
sehingga dia pulih;

2) Orang yang tidur
sehingga dia terbangun;

3) Dan anak kecil
sehingga dia baligh."

Umar menjawab,
"Tentu."


Ali bin Abu Talib bertanya lagi,
"Lalu kenapa wanita ini direjam?"

Umar menjawab,
"Tidak apa-apa."


Ali bin Abu Talib berkata,
"Lepaskanlah dia."

Umar kemudian membebaskan wanita tersebut.
Lalu Umar pun bertakbir."


(Hadith Abu Daud no. 3823)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
IMG_20221202_094459_209.jpg

KEBAIKAN MEMBAWA KE SYURGA

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, daripada Nabi SAW bersabda :

1. Sesungguhnya kebenaran akan membawa kepada kebaikan yang akan menuju ke syurga.

2. Sesungguhnya jika seseorang itu sentiasa berlaku benar sehingga dia akan dikenali sebagai orang yang benar.

3. Sesungguhnya kedustaan itu akan mendorong kepada kejahatan yang akan menuju ke neraka.

4. Sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai seorang pendusta.

[Hadis Riwayat al-Bukhari 6094]
 
1000043218.jpg

ADAKAH KITA MUKMIN ATAU DERHAKA?

Antara ciri orang mukmin yang beriman ialah merasa takut terhadap dosa yang dilakukannya dan bersungguh-sungguh menjauhinya.

Seorang yang tidak taat kepada Allah SWT dan hati mereka telah menjadi keras, maka mereka tidak akan peduli, atau malah berbangga diri ketika melakukan kemungkaran dan dosa.

Semoga kita sentiasa memiliki sifat mukmin yang sentiasa jauh daripada melakukan kemungkaran dan dosa.
 
1000045661.jpg


ILMU AGAMA

Allah SWT akan menganugerahkan kebaikan pada sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya. Menuntutlah ilmu dengan orang yang faqih iaitu yang memahami agama dengan ilmu yang benar dan sahih berpandukan al-Quran dan Hadis.

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa dikehendaki Allah untuk mendapat kebaikan, maka Allah akan memberikan pemahaman kepadanya tentang agama.” (HR Ibnu Majah No: 216)

Semoga Allah SWT memberi kita ilmu-ilmu yang bermanfaat dan memberi kita kefahaman dalam agama ini agar kita dapat sampaikannya kepada orang lain. Amin.
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Ibrahim bin Muhammad bin Yusuf Al Firyabi, diceritakan oleh Ayyub bin Suwaid, diceritakan oleh Abu Bakr Al Hudzali, daripada Syahr bin Hausyab,
daripada Abu Dzar Al Ghifari,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Sesungguhnya Allah memaafkan
daripada umatku,

sesuatu yang dilakukan kerana
tersalah,
terlupa
dan sesuatu yang dipaksakan kepadanya."


(Hadith Ibnu Majah no. 2033)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Bukhari no. 5210

Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Abdullah bin Muhammad, diceritakan oleh Abdul Malik bin 'Amru, diceritakan oleh Zuhair bin Muhammad. daripada Muhammad bin 'Amru bin Halhalah,
daripada 'Atha` bin Yasar, daripada Abu Sa'id Al Khudri, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Tidaklah seorang Muslim tertimpa musibah
berupa keletihan,
penyakit,
keresahan,
kesedihan,
gangguan
dan kesusahan.

Bahkan duri yang melukainya sekali pun.

Melainkan Allah akan menghapus kesalahannya (dosanya)."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Perbuatan Dosa

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ

Daripada Al-Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup, mempercayai setiap khabar yang tidak tentu sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta (boros)". (HR Bukhari No: 2231) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Rasulullah melarang setiap Muslim daripada melakukan perkara berikut:

1. Mendurhakai ibu

2. Menanam anak perempuan hidup-hidup

3. Mempercayai kepada khabar yang tidak pasti sumbernya (sama ada melalui lisan juga media sosial seperti FB, Twiter, Whatsapp, Telegram, Akhbar, TV dan lain-lain) lalu di sebarkan (forward). Awaslah daripada menjadi penyebar berita palsu.

4. Banyak bertanya yang bertujuan untuk menguji atau mengadu domba

5. Boros terhadap harta (tidak berjimat).

Marilah kita menjadi Muslim yang Rahmah dengan taat kepada kedua ibu dan bapa, mengasihi anak-anak dengan diberikan didikan dan asuhan, memastikan setiap berita yang sampai pada kita diselidiki terlebih dahulu kesahihannya sebelum mempercayai dan disebarkan, kurangkan bertanya yang bukan ikhlas untuk mendapatkan maklumat dan berjimat dalam membelanjakan harta.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

07hb September 2023
21hb Safar 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kebaikan dan Dosa

عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ: الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ.

Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa." Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah berakhlak yang mulia. Manakala dosa adalah sesuatu yang mengelisahkan hatimu (ketika dosa tersebut dilakukan, hati gementar dan bimbang) serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya." (HR Muslim, No: 2553) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Fitrah manusia sukakan kebaikan juga inginkan kebaikan. Kebaikan itu adalah akhlak yang baik.

2. Akhlak yang baik terhasil daripada ketaatan kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.

3. Hati yang tenang adalah jiwa yang memiliki nur (cahaya) sehingga dapat membezakan antara perkara yang benar dan salah, perkara yang jujur dan yang bohong, perkara yang terpuji dan tercela, kerana itulah petunjuk yang datang daripada jiwa seseorang yang sentiasa melakukan kebaikan. Sabda Nabi SAW:

الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ

Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu. (HR Ahmad No:18006)

4. Manusia yang fitrahnya suka melakukan kebaikan akan menyebabkan hati tenang. Manakala perkara dosa pula akan menggementarkan hati. Apabila melakukan dosa, hati akan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan, berdebar-debar, resah gelisah, cemas, bimbang dilihat atau diketahui oleh orang lain.

5. Pelaku dosa sentiasa bimbang dan tidak mahu jika perlakuan buruknya diketahui oleh orang lain.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

09hb September 2023
23hb Safar 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kebajikan dan Dosa

عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ

Daripada An Nawwas bin Sim'an Al-Anshari dia berkata; "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda: "Kebajikan itu ialah budi pekerti yang baik. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, dan engkau sendiri benci jika perbuatanmu itu diketahui orang lain." (HR Muslim No: 4632) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap kebajikan yang dilakukan oleh seorang Muslim dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya akan diberikan ganjaran pahala.

2. Kebajikan bermaksud setiap budi pekerti dan akhlak terpuji oleh seorang Muslim dalam setiap aspek perlakuan hidupnya ketika berinteraksi sesama makhluk.

3. Dosa ialah perlakuan maksiat yang dilakukan oleh seseorang.

4. Dosa ialah sesuatu perlakuan yang menyebabkan jiwa gelisah, tidak tenang serta menyesakkan dada.

5. Orang yang melakukan dosa tidak suka jika orang lain mengetahui perbuatannya.

Lakukan amal kebajikan dan hiasi dengan akhlak terpuji. Jauhkan setiap perkara dosa dan akhlak keji.

Hadis 27
#Hadis40ImamNawawi
#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

18hb Nov. 2023
04hb Jamadil Awal 1445H
 
IMG_20231118_080010_625.jpg


TOLONG MENOLONG

Sikap tolong-menolong dalam kebaikan merupakan akhlak yang dituntut dalam Islam. Allah SWT melarang kita bekerjasama dalam perkara yang boleh mendatang dosa dan permusuhan.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah Ayat 2 yang bermaksud : “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)”.

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
 
Back
Top
Log in Register