BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Buruk Sangka

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,719
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,719
Reaction score
3,506
Points
211
1770288441640.png


Hadits Muslim no. 163
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Sahl Ibn Sa`d al-Sa`idi (radhiyallahu `anhu),

“Sesungguhnya, Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bertemu (berhadapan) dengan kaum musyrikin.
Lalu mereka berperang.

Apabila Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam menuju ke pasukannya (kembali ke khemahnya)
dan mereka (musyrikin) kembali ke khemah mereka,

dan di kalangan sahabat Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam,
ada seorang lelaki yang tidak meninggalkan seorang pun daripada mereka (musuh),
melainkan dia mengejarnya
dan melibasnya dengan pedangnya.

Mereka (para sahabat) berkata,
“Tidak ada seorang pun daripada kami hari ini
yang lebih mencukupi (jasanya)
seperti si fulan (lelaki tadi).”

Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,
“Sesungguhnya, dia (si fulan) termasuk ahli neraka.”

Seorang lelaki (muslim lain) berkata,
“Aku akan menjadi peneman kepadanya (si fulan).”

Dia pun keluar bersamanya (si fulan).
Setiap kali lelaki itu (si fulan) berhenti,
dia berhenti bersamanya.
Dan apabila dia (si fulan) berjalan cepat,
dia pun berjalan cepat bersamanya.

Kemudian, lelaki itu (si fulan) mengalami luka yang sangat parah.
Lalu dia menyegerakan kematian.
Dia meletakkan hulu pedangnya di tanah
dan mata pedangnya di antara dadanya,
lalu dia menekan dirinya ke atas pedang itu
dan membunuh dirinya.

Lelaki itu (yang mengikuti si fulan) datang
kepada Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam.
Dan berkata,
“Aku bersaksi bahawa
engkau adalah Rasul Allah.”

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Apa sebabnya?”

Dia berkata,
“Lelaki yang engkau sebutkan tadi
bahawa dia termasuk ahli neraka.”

Maka Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda ketika itu,

“Sesungguhnya,
seseorang itu melakukan amalan ahli syurga
pada pandangan manusia,
sedangkan dia termasuk ahli neraka.

Dan sesungguhnya,
seseorang itu melakukan amalan ahli neraka
pada pandangan manusia,
sedangkan dia termasuk ahli syurga.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيُّ حَيٌّ مِنْ الْعَرَبِ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْتَقَى هُوَ وَالْمُشْرِكُونَ فَاقْتَتَلُوا فَلَمَّا مَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى عَسْكَرِهِ وَمَالَ الْآخَرُونَ إِلَى عَسْكَرِهِمْ وَفِي أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ لَا يَدَعُ لَهُمْ شَاذَّةً إِلَّا اتَّبَعَهَا يَضْرِبُهَا بِسَيْفِهِ فَقَالُوا مَا أَجْزَأَ مِنَّا الْيَوْمَ أَحَدٌ كَمَا أَجْزَأَ فُلَانٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَا إِنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ أَنَا صَاحِبُهُ أَبَدًا قَالَ فَخَرَجَ مَعَهُ كُلَّمَا وَقَفَ وَقَفَ مَعَهُ وَإِذَا أَسْرَعَ أَسْرَعَ مَعَهُ قَالَ فَجُرِحَ الرَّجُلُ جُرْحًا شَدِيدًا فَاسْتَعْجَلَ الْمَوْتَ فَوَضَعَ نَصْلَ سَيْفِهِ بِالْأَرْضِ وَذُبَابَهُ بَيْنَ ثَدْيَيْهِ ثُمَّ تَحَامَلَ عَلَى سَيْفِهِ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَخَرَجَ الرَّجُلُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ قَالَ وَمَا ذَاكَ قَالَ الرَّجُلُ الَّذِي ذَكَرْتَ آنِفًا أَنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَأَعْظَمَ النَّاسُ ذَلِكَ فَقُلْتُ أَنَا لَكُمْ بِهِ فَخَرَجْتُ فِي طَلَبِهِ حَتَّى جُرِحَ جُرْحًا شَدِيدًا فَاسْتَعْجَلَ الْمَوْتَ فَوَضَعَ نَصْلَ سَيْفِهِ بِالْأَرْضِ وَذُبَابَهُ بَيْنَ ثَدْيَيْهِ ثُمَّ تَحَامَلَ عَلَيْهِ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ إِنَّ الرَّجُلَ لِيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لِيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Tirmidzi no. 1911

Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Ibnu Abu Umar, diceritakan oleh Sufyan, daripada Abu Zinad, daripada Al A'raj, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Jauhilah oleh kalian prasangka.

Kerana prasangka itu adalah
ungkapan yang paling dusta."


Diceritakan oleh Abda bin Humaid, daripada sebahagian sahabat Sufyan, daripada Sufyan,

"Prasangka itu ada dua (2).

1) Iaitu prasangka yang mengandungi dosa.

2) Dan prasangka yang tidak mengandungi dosa.

Yang mengandungi dosa
adalah seorang yang berprasangka buruk,
lalu dia membicarakannya.

Sedangkan yang tidak mengandungi dosa
adalah seorang yang berprasangka,
namun dia tidak membicarakannya."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
1760259931283.png


1760260001869.png


Hadits Abu Dawud no. 4321
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Qilabah,

“Abu Mas’ud (radhiyallahu ‘anhu) berkata kepada Abu Abd Allah (Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu)
atau Abu Abd Allah (Hudzaifah) berkata kepada Abu Mas’ud,

"Apakah yang kau dengar Rasul Allah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda
mengenai ungkapan,
menurut sangkaan mereka (tanpa bukti kukuh)?"

Beliau (Hudzaifah / Abu Mas’ud) menjawab,
"Aku mendengar Rasul Allah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Seburuk-buruk ungkapan seseorang adalah perkataan,
menurut sangkaan mereka (tanpa bukti kukuh).”

Nota penting
Ambillah ilmu yang benar
daripada pencinta sunnah yang jujur.
Sesungguhnya, Allah membenci orang yang petah berbicara.
Tetapi dia sendiri malas melakukannya.
Tanpa
alasan yang benar.

Teks Arab

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ الْأَوْزَاعِيِّ عَنْ يَحْيَى عَنْ أَبِي قِلَابَةَ قَالَ
قَالَ أَبُو مَسْعُودٍ لِأَبِي عَبْدِ اللَّهِ أَوْ قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ لِأَبِي مَسْعُودٍ مَا سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي زَعَمُوا قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ بِئْسَ مَطِيَّةُ الرَّجُلِ زَعَمُوا
قَالَ أَبُو دَاوُد أَبُو عَبْدِ اللَّهِ هَذَا حُذَيْفَةُ
 
Last edited:
1770182858166.png


Hadits Bukhari no. 4004
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Abu Sa`id al-Khudri (radhiyallahu `anhu),

“Ali ibn Abi Thalib (radhiyallahu `anhu) menghantar
kepada Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam,
dari Yaman,
sebongkah emas kecil dalam kulit,
yang belum dipisahkan daripada tanahnya.

Maka baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) membahagikannya (emas itu)
kepada empat orang.
Iaitu `Uyaynah ibn Badr,
Al-Aqra` ibn Habis,
Zayd al-Khayl
dan orang keempat, sama ada Alqamah atau `Amir ibn al-Thufayl.

Lalu seorang lelaki daripada sahabatnya berkata,
“Kami lebih berhak terhadap (emas) ini
daripada mereka.”

Maka perkara itu sampai
kepada Nabi sallallahu `alayhi wa sallam.

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Tidakkah kamu mempercayaiku?
Sedangkan aku adalah orang yang dipercayai
oleh (Allah) yang di langit.

Datang kepadaku khabar (wahyu)
dari langit,
pagi dan petang.”

Lalu bangun seorang lelaki yang cekung matanya,
menonjol tulang pipinya,
menonjol dahinya,
lebat janggutnya,
dicukur kepalanya
dan disingkatkan kainnya.
Dia berkata,
“Wahai Rasul Allah.
Bertaqwalah kepada Allah.”

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Celaka kau.
Bukankah aku orang yang paling berhak di kalangan penduduk bumi
untuk bertaqwa kepada Allah?”

Kemudian lelaki itu berpaling.

Khalid ibn al-Walid (radhiyallahu `anhu) berkata,
“Wahai Rasul Allah.
Bolehkah aku memenggal lehernya?”

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Tidak.
Barangkali dia termasuk orang yang dirikan solat.

Khalid (ibn al-Walid) berkata,
“Betapa ramai orang yang solat.
Tapi yang disebut lidahnya,
tidak sama dengan di dalam qalbunya.”

Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,
“Sesungguhnya, aku tidak diperintahkan
untuk menyiasat qalbu manusia.
Dan tidak juga membelah (mengetahui) isi perut mereka.”

Kemudian baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) melihatnya (lelaki itu)
ketika dia berpaling.

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Akan keluar daripada keturunan lelaki ini,
suatu kaum,
mereka membaca Kitab Allah dengan lancar.
Tetapi tidak melepasi halkum mereka
(tidak masuk ke qalbu dan diamalkan).

Mereka keluar (tergelincir) daripada agama
sepertimana panahan anak panah dari busurnya.”

Dan aku (Abu Sa’id al-Khudri) rasakan,
baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Jika aku sempat menemui mereka,
pasti aku akan membunuh mereka
sepertimana kaum Tsamud dibinasakan.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ الْقَعْقَاعِ بْنِ شُبْرُمَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي نُعْمٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولُ
بَعَثَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ الْيَمَنِ بِذُهَيْبَةٍ فِي أَدِيمٍ مَقْرُوظٍ لَمْ تُحَصَّلْ مِنْ تُرَابِهَا قَالَ فَقَسَمَهَا بَيْنَ أَرْبَعَةِ نَفَرٍ بَيْنَ عُيَيْنَةَ بْنِ بَدْرٍ وَأَقْرَعَ بْنِ حابِسٍ وَزَيْدِ الْخَيْلِ وَالرَّابِعُ إِمَّا عَلْقَمَةُ وَإِمَّا عَامِرُ بْنُ الطُّفَيْلِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ أَصْحَابِهِ كُنَّا نَحْنُ أَحَقَّ بِهَذَا مِنْ هَؤُلَاءِ قَالَ فَبَلَغَ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَلَا تَأْمَنُونِي وَأَنَا أَمِينُ مَنْ فِي السَّمَاءِ يَأْتِينِي خَبَرُ السَّمَاءِ صَبَاحًا وَمَسَاءً قَالَ فَقَامَ رَجُلٌ غَائِرُ الْعَيْنَيْنِ مُشْرِفُ الْوَجْنَتَيْنِ نَاشِزُالْجَبْهَةِ كَثُّ اللِّحْيَةِ مَحْلُوقُ الرَّأْسِ مُشَمَّرُ الْإِزَارِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ اتَّقِ اللَّهَ قَالَ وَيْلَكَ أَوَلَسْتُ أَحَقَّ أَهْلِ الْأَرْضِ أَنْ يَتَّقِيَ اللَّهَ قَالَ ثُمَّ وَلَّى الرَّجُلُ قَالَ خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا أَضْرِبُ عُنُقَهُ قَالَ لَا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ يُصَلِّي فَقَالَ خَالِدٌ وَكَمْ مِنْ مُصَلٍّ يَقُولُ بِلِسَانِهِ مَا لَيْسَ فِي قَلْبِهِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَمْ أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ عَنْ قُلُوبِ النَّاسِ وَلَا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ قَالَ ثُمَّ نَظَرَ إِلَيْهِ وَهُوَ مُقَفٍّ فَقَالَ إِنَّهُ يَخْرُجُ مِنْ ضِئْضِئِ هَذَا قَوْمٌ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ رَطْبًا لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ وَأَظُنُّهُ قَالَ لَئِنْ أَدْرَكْتُهُمْ لَأَقْتُلَنَّهُمْ قَتْلَ ثَمُودَ
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register