BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Arak

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,637
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,637
Reaction score
3,506
Points
211
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abdullah bin Munir, diceritakan oleh Abu 'Ashim, daripada Syabib bin Bisyr, daripada Anas bin Malik,

"Rasulullah s.a.w. melaknat sepuluh (10) orang
yang terlibat dengan arak:

1) Orang yang memerahnya (membuat arak),
2) yang meminta diperahkannya,
3) peminumnya,
4) yang membawanya,
5) yang dibawakan kepadanya,
6) yang menuangkannya,
7) penjualnya,
8) yang memakan hasil jualannya,
9) pembelinya
10) dan yang minta dibelikannya."


(Hadith Tirmidzi no. 1216)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
IMG_20231019_090900_712.jpg


LARANGAN BERSAMA DALAM MAJLIS ARAK

Daripada Ibn Abbas R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan juga hari akhirat, janganlah dia meminum arak. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk pada hidangan yang diminum padanya arak." Riwayat al-Haithami (1/283)

Seorang muslim itu diharamkan untuk duduk di dalam majlis yang terdapat padanya hidangan arak. Hal ini bertujuan untuk menzahirkan syiar dan keizzahan Islam, menjaga maruah dan kehormatan diri, mengelakkan fitnah ke atas diri sendiri, serta menjauhi sebarang perbuatan yang boleh merosakkan akhlak dan keperibadian seseorang itu.

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
 
1000629902.jpg


ARAK MUSUH SENYAP YANG MERUNTUHKAN UMMAH!

Arak bukan sekadar minuman, ia adalah perangkap syaitan yang merosakkan akal, memudaratkan tubuh dan menghancurkan masyarakat.

Dalam Surah Al-Maidah, ayat 90, Allah SWT memberi amaran tegas: “Wahai orang-orang yang beriman!
Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Jauhilah arak. Pilih jalan yang bersih, sihat dan diredai Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
 
Back
Top
Log in Register