BTC USD 84,082.6 Gold USD 4,271.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al Hijab!!!

krusader

Active+ Member
Messages
4,948
Joined
Sep 8, 2010
Messages
4,948
Reaction score
113
Points
43
Salam, kengkawan CG semua, hari sabtu malam minggu aritu aku ade pergi tgk wayang filem seram terbaru buah tangan Pierre Andre iaitu "AL Hijab". pelakon utama citer seram tsbt ialah Pierre Andre dan Nur Fathia...

sedikit sinopsis, mengisahkan seorang lelaki yang mendapat skrip cerita seram dari seorang produser cuba untuk menjayakan wataknya, namun tiada perasaan seram/takut pada dirinya...

untuk mendapatkan perasan seram/takut supaya dapat menghayati skrip cerita seram tersebut beliau telah berjumpa seorang wanita untuk membuka mata/hijabnya..

apabila terbuka sahaja hijabnya, beliau boleh melihat makhluk2 ghaib di sekeliling....

persoalannya sekarang kpd rakan2 CG???

benarkah mata/hijab kita boleh dibuka untuk melihat makhluk2 ghaib di sekeliling kita???

adakah terdapat manusia yg diberi kelebihan hijabnya terbuka sejak lahir untuk melihat apa yg manusia biasa tidak nampak secara mata kasar??

ada tak orang yang boleh membukakan hijab seseorang manusia???

apa pandangan rakan2 CG sekalian???
klo ade pengalaman bolehla share bersama saya dan rakan2 CG sekalian...

salam..

p/s : tetiba lak aku berminat pasal bukak Hijab ni...:)
 
haha..kalau bleh buka pon, taknak la aku..carik pasal jer..huhu
 
Boleh buka rasanya...

dulu arwah opah aku penah citer cara nak tengok hantu paling senang...tapi aku dah lupa..tak ambik port pun pasal aku tak buat apa2 pun kadang2 nampak hantu..huhu
 
INSYALLAH boleh...takut terkencing lak nanti..
dulu aku rajin ikut pakcik aku berubat traditonal..ada masa anak murid pakcik aku menggelabah ..dia cakap tak tahan tgk menda tu hodoh sgt..
 
memang boleh di buka...tetapi pesanan ustaz aku dulu...kalau iman x kuat
x pyh try la..sedangkan yg betol2 beriman pun xnak apa tah lagi kita yg x berapa kuat iman ni..

ada gak pengamal ilmu silat yg "hardcore" di buka hijab nya,x pasti apa sebab nya..coz abg ipar aku memang di bukak hijab nya atas sebab ilmu persilatan...jadi mcm2 la dier nampak...syok gak dengar story dier tiap ari...
 
boleh! ada amalan2 wirid yg boleh diamalkan utk dpt benda ni (kasyaf), tapi nanti TT xleh nak pimana, nak masuk jamban pun x sanggup sbb buka pintu ja bleh nampak jin/setan tengah lunch ramai2 sambey yamseng.

kat tengah jalan plak bleh nampak mcm2 jenih jin tinggi/panjang/lanjut dok jalan2 usha2

dan macam2 lagi....

aku cadang xyah lah, sbb ni bukan matlamat, matlamat hidup kita yg sebenaqnya ialah dpt redha Tuhan...jadi xyah lah benda2 kasyaf ni kecuali Tuhan bagi walaupun kita x minta....
 
boleh...dan byk lg yg kita boleh lihat dgn membuka hijab/6th sense ni..merupakan satu anugerah...aku cerita sbb setakat ni..alhamdulillah...pancaindera ke-enam aku telah berfungsi
 
boleh kottt...sila tanya Pinguspy :)) :))
 
dari cerita2 orang macam boleh.
tapi lojiknya masih takde
 
Back
Top
Log in Register