BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Cadang Pintu Masuk Berisiko Di Utara Diterajui Pegawai Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f155047ddd2d9024a26189ba0627a1d769f3658b89331

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan) diundang sebagai tetamu khas dalam rancangan Ruang Bicara dengan topik 'Integriti Tanpa Sempadan, Keselamatan Tanpa Kompromi' terbitan Bernama TV di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) mencadangkan supaya semua pintu masuk di utara Semenanjung Malaysia, yang berisiko disalah guna untuk aktiviti penyeludupan, diterajui oleh pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata agensi itu memerlukan seorang Komander Pintu Masuk yang mahir dalam soal jenayah rentas sempadan dan boleh bertindak pantas bagi memperkukuh keupayaan operasi di pintu masuk berkenaan.

“Saya memohon kepada kerajaan supaya semua pintu masuk di utara (tanah air) yang mempunyai risiko penyeludupan, diberikan kepimpinan tersebut kepada pegawai polis kerana dalam peringkat awal ini, kita memerlukan mereka yang mahir perihal operasi jenayah rentas sempadan,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV hari ini.

Beliau berkata AKPS turut merakamkan penghargaan kepada PDRM kerana bertindak pantas dalam insiden tembakan membabitkan Komander AKPS Bukit Kayu Hitam pada awal tahun ini.

“Ribuan terima kasih kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail kerana bantuan yang diberikan kepada komander saya tempoh hari begitu cepat dan tuntas menyebabkan keyakinan anak-anak buah saya secara keseluruhannya tidak terjejas teruk.

“Di sini jugalah, sekiranya seorang Komander Pintu Masuk itu datang daripada PDRM, beliau mempunyai rangkaian kerja ataupun support system yang lebih tersusun dan cepat untuk bertindak bersama-sama,” katanya.

Insiden pada 5.40 pagi 25 Feb lepas menyaksikan kenderaan dipandu Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasaruddin M Nasir ditembak kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand oleh suspek yang menaiki sebuah motosikal.

Mengulas mengenai pengambilan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam AKPS, Mohd Shuhaily berkata ia suatu tindakan efektif untuk memperkukuh kawalan sempadan negara sekali gus menjaga kebajikan bekas anggota tentera.

Beliau berkata AKPS bersama-sama Kementerian Pertahanan (MINDEF) juga sedang meneliti mekanisme lebih menyeluruh dan berstruktur bagi memperluas penglibatan veteran ATM dalam agensi itu.

 
Back
Top
Log in Register