BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Buka Siasatan Dalaman Dakwaan Salah Laku Pegawai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

AKPS Buka Siasatan Dalaman Dakwaan Salah Laku Pegawai​

e552f37cd4c8e6e9b0887464fabdd8f468848917640ac


Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) telah membuka siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku dan penyalahgunaan kuasa oleh seorang pegawai bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Komander Pintu Masuk AKPS KLIA Mohd Safrie Zakaria berkata siasatan digerakkan serta-merta oleh Bahagian Integriti AKPS KLIA sebaik sahaja pihaknya mengambil maklum mengenai hantaran yang tular dalam platform Threads pada Sabtu lepas.

Hantaran itu mendakwa pegawai berkenaan menerima wang berjumlah RM100 melalui pembayaran menggunakan kod QR ke akaun perbankan peribadi.

"Pihak pengurusan tertinggi AKPS memandang serius dakwaan tersebut. Sehubungan dengan itu, satu siasatan dalaman secara menyeluruh dan terperinci telah digerakkan serta-merta oleh Bahagian Integriti AKPS KLIA, bagi mengenal pasti fakta serta memastikan ketelusan dalam proses siasatan.

"Pegawai yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut telah dipanggil oleh pihak pengurusan tertinggi AKPS KLIA untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Safrie berkata AKPS KLIA telah menghubungi pemilik akaun Threads, @brayenngabriel, kira-kira 11 pagi semalam bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden yang didakwa berlaku, namun hingga 4 petang hari ini tiada sebarang maklum balas diterima daripada pemilik akaun berkenaan.

Beliau berkata AKPS tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar prinsip integriti, menyalahgunakan kuasa atau ingkar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Sekiranya hasil siasatan membuktikan wujudnya sebarang salah laku, tindakan tatatertib dan undang-undang yang tegas akan diambil tanpa sebarang kompromi," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Safrie menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu agar tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

 
14272182297346877-410884.jpg

14272182297346877-410885.jpg


AKPS siasat dakwaan bayaran RM100 ke akaun pegawai



KUALA LUMPUR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menjalankan siasatan dakwaan seorang pegawainya menerima bayaran RM100 melalui kod QR ke akaun bank peribadi di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Komander Pintu Masuk AKPS KLIA, Mohd Safrie Zakaria berkata, siasatan menyeluruh dan terperinci itu digerakkan Bahagian Integriti AKPS KLIA bagi mengenal pasti fakta serta memastikan ketelusan proses siasatan.

Katanya, pegawai yang dikaitkan dengan dakwaan berkenaan turut dipanggil pihak pengurusan tertinggi AKPS KLIA untuk memberi keterangan.

“Pihak pengurusan tertinggi AKPS memandang serius dakwaan itu. AKPS sama sekali tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang didapati melanggar prinsip integriti, menyalahgunakan kuasa atau ingkar terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Komander Pintu Masuk AKPS KLIA, Mohd Safrie Zakaria berkata, siasatan menyeluruh dan terperinci itu digerakkan Bahagian Integriti AKPS KLIA bagi mengenal pasti fakta serta memastikan ketelusan proses siasatan.

Katanya, pegawai yang dikaitkan dengan dakwaan berkenaan turut dipanggil pihak pengurusan tertinggi AKPS KLIA untuk memberi keterangan.

“Pihak pengurusan tertinggi AKPS memandang serius dakwaan itu. AKPS sama sekali tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang didapati melanggar prinsip integriti, menyalahgunakan kuasa atau ingkar terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Safrie berkata, tindakan tatatertib dan undang-undang yang tegas akan diambil tanpa tolak ansur sekiranya siasatan membuktikan berlaku salah laku.

Katanya, AKPS KLIA turut menghubungi pemilik akaun Threads terbabit semalam bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden yang didakwa berlaku.

Bagaimanapun katanya, tiada maklum balas diterima daripada pemilik akaun berkenaan sehingga jam 4 petang hari ini.

“AKPS menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan integriti perkhidmatan serta kepercayaan masyarakat terhadap AKPS terus terpelihara,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Threads mendakwa membawa pulang beberapa pek bakso selepas tiba dari Indonesia melalui Terminal 2 KLIA.

Menurut hantaran itu, barangan makanan berkenaan dikesan ketika pemeriksaan sebelum dia dimaklumkan ia tidak dibenarkan dibawa masuk.

Pengguna terbabit mendakwa seorang pegawai kemudian meminta bayaran secara tunai RM100 dikatakan sebagai kompaun sekiranya mahu membawa keluar bakso berkenaan.

Artikel Buletin Tv3
 
Back
Top
Log in Register