BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwaan Buli, Diskriminasi Di Sekolah: KPM Arah Siasatan Dalaman Diselesaikan Segera

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Dakwaan Buli, Diskriminasi Di Sekolah: KPM Arah Siasatan Dalaman Diselesaikan Segera​

100eb6f06763814e26c86ab8273eb51568ea02c6e1dff

Fadhlina Sidek

Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diarah untuk menyelesaikan siasatan dalaman dengan segera berhubung kes kematian seorang pelajar sekolah menengah di sini, baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata segala perkara yang menjadi kebimbangan awam termasuk berkaitan isu buli dan unsur perkauman perlu dipandang serius serta ditangani segera berasaskan fakta dan proses sewajarnya.

“Ingatan dan simpati saya terus bersama keluarga dan warga sekolah rentetan pemergian anakanda kita, pelajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“KPM (Kementerian Pendidikan) memberi kerjasama penuh kepada pihak polis serta bekerjasama rapat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan perkara ini ditangani secara menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada masa sama, Fadhlina berkata perhatian dan sokongan sewajarnya turut diberikan kepada keluarga, murid, guru serta seluruh warga sekolah yang terkesan.

Beliau berkata pihak keluarga telah diberikan sokongan psikososial oleh pasukan kaunselor KPM manakala guru-guru diberikan penerangan berkaitan proses siasatan dan perundangan yang sedang berlangsung, di samping memastikan kebajikan serta kesejahteraan mereka terus diberikan perhatian.

“Smart Support Team KPM turut digerakkan bagi memberikan sokongan psikososial serta intervensi krisis kepada murid-murid yang terkesan agar kebajikan dan kesejahteraan emosi mereka terpelihara.

“Keutamaan kita adalah memastikan keadilan kepada semua pihak dan mengambil langkah yang wajar supaya persekitaran pendidikan kekal selamat dan bebas daripada sebarang bentuk salah laku buli serta diskriminasi,” katanya.

Terdahulu, insiden membabitkan kematian seorang pelajar sekolah menengah di ibu negara tular di media sosial sekali gus menimbulkan keresahan awam berhubung dakwaan wujudnya unsur buli dan perkauman di premis pendidikan itu.

 
Back
Top
Log in Register