BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Tempat Untuk Buli Di Sekolah, Jangan Tolak Ansur - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tiada Tempat Untuk Buli Di Sekolah, Jangan Tolak Ansur - Anwar​

4a606eeaaef7b1df2c2e4ce7d1a6e0096a9167434b38f

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Sesi Temu Anwar sempena Ambang Merdeka Sahabat MADANI di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Turut hadir Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata budaya buli tidak boleh diberikan ruang di sekolah kerana ia bertentangan dengan usaha kerajaan dalam membentuk generasi berilmu, beradab dan mempunyai akhlak yang baik.

Beliau berkata semua pihak termasuk pelajar dan guru perlu bersama-sama menolak amalan buli serta budaya menghina dan merendahkan orang lain.

“Sebab itu saya keras sekali, tiada tempat bagi sekolah-sekolah untuk kita melayan orang-orang yang sombong, yang buli kerana dia kuat sedikit, dia buli orang.

“Saya tahu di sekolah ada yang perangai macam itu. Saya nak bagi ingatan kepada anak-anak, guru-guru, pensyarah (supaya) jangan tolak ansur,” kata beliau ketika berucap pada Sesi Temu Anwar Bersama Pelajar bersempena dengan Program Ambang Merdeka Sahabat MADANI di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Anwar berkata sekiranya budaya seperti itu dibiarkan, ia boleh memberi kesan kepada pembentukan peribadi generasi muda serta masa depan negara.

 
Back
Top
Log in Register