BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Tolak Ansur Spesifikasi, Keselamatan Projek LCS - Adly

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141
4fd5f981c6505dd4dd2660bf3fab40eb6984629c51034

KUALA LUMPUR, 5 Feb -- Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Pertahanan (Mindef) memberikan jaminan tidak akan bertolak ansur dari segi spesifikasi pengoperasian dan teknikal, serta keselamatan dalam pelaksanaan projek kapal tempur pesisir (LCS) sebelum kapal berkenaan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kementerian kekal tegas bahawa aspek operasi dan keselamatan anggota tidak boleh dikompromi bagi memastikan aset berkenaan memenuhi keperluan operasi, meskipun berdepan cabaran kelewatan sebelum ini termasuk pindaan jadual penyerahan.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata persepsi bahawa tiada kemajuan dicapai dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini adalah tidak tepat memandangkan pembinaan, ujian di pelabuhan serta persediaan ujian di laut dilaksanakan mengikut pelan pemulihan projek kapal tempur itu.

“Hingga 25 Dis lepas kemajuan keseluruhan projek LCS telah mencapai 75 peratus berbanding 81.57 peratus mengikut perancangan asal.

“Walaupun terdapat jurang antara kemajuan sebenar dan jadual asal, usaha pemulihan terus dilaksanakan secara berfasa dan berfokus bagi memastikan kapal disiapkan mengikut piawaian yang ditetapkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Mindef di Dewan Rakyat, hari ini.

Adly memaklumkan kapal pertama (LCS 1) dijadual menjalani ujian di laut pada April 2026, dan jadual penyerahannya dipinda dari Disember 2025 kepada Disember 2026, manakala LCS 2 kepada Ogos 2027.

Mengulas dakwaan campur tangan dalam pelaksanaan projek, beliau menegaskan tiada sebarang campur tangan yang boleh memanipulasi pelaksanaan atau pelaporan projek ketika ini.

Pelaksanaan projek turut mengambil kira pandangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini, dan jawatankuasa pemantauan khas telah ditubuhkan dengan kerjasama Kementerian Kewangan bagi memastikan aspek teknikal serta kewangan diurus secara teliti.

Beliau turut menjelaskan walaupun terdapat pendakwaan dan siasatan berkaitan projek LCS, siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih diteruskan dan kementerian sentiasa memberikan kerjasama penuh.

 
Back
Top
Log in Register