BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Air sirap dicaj RM18

mungkin sbb dia tau..org mmg dh agak harga akan tinggi nilai kat makanan jadi kena order minuman yg murah..
tu yg kenakan harga tinggi kat air yg biasanya murah.. kira teknik niaga la ni..
pastu jarang org nk order milo ais atau air buah dan air yg mahal lain satu jag.. biasa gelas je..
jd mmg dpt untung lebih la kalo semua minta sirap ais..

satu yg aku tak faham org kita ni..dah tau harga restoran tu mahal...servis teruk...pun berpusu pusu juga org gi makan kat situ...
 
Restoran asam pedas dikenakan notis

image.jpg

Antara jag air berlainan saiz yang dikesan digunakan restoran berkenaan. (Gambar kanan: Status pelanggan yang tular di laman sosial mengenai restoran tersebut. )

MELAKA TENGAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengeluarkan notis amaran pemilih sebuah restoran Asam Pedas di Taman Kota Laksmana di sini, semalam.

Pengarahnya, Jaiya Abu berkata, notis itu bagi meminta pengusaha itu mengemukakan dokumen tunjuk sebab selepas premis perniagaan tersebut tular gara-gara mengenakan caj RM18 bagi satu jag sirap ais.

Menurutnya, pihak*nya telah pergi ke restoran tersebut untuk am*bil maklumat, selain pemeriksaan berdasarkan aduan berkenaan.

“Kita telah buat pemeriksaan dan men*dapati ada tanda harga dipamerkan di dinding premis terbabit.

“Harga bagi minuman tular dibuat penandaan RM18, namun mem*punyai tiga saiz berbeza dan telah menasihatkan mereka supaya guna satu saiz jag standard bagi mengelak pelanggan keliru,” katanya.

Jelasnya, hasil pemeriksaan itu satu notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti*pencatutan 2011 dikeluarkan kepada pengusaha premis dan diberi tempoh lima hari untuk mak*lum balas.

Selain itu pengusaha restoran turut diarah menge*mukakan doku*men tunjuk sebab mem*babitkan harga hidangan asam pedas ikan kembung.

“Hasil pemeriksaan mendapati set asam pedas ikan kembung dijual antara RM9 hingga RM13.50 dan mereka perlu tun*juk mak*lum balas harga hidangan itu,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna laman sosial memuat naik resit bayaran dikenakan selepas tidak berpuas hati apabila air sirap dipesannya dicaj RM18 untuk satu jag.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/restoran-asam-pedas-dikenakan-notis-1.882688
 
Ko import sirap dari argentina ke
 
air sirap yang dah dibaca beberapa juzuk ayat barangkali...siapa tahu...kan?
 
Ni air sirap guna evian ni.
 
Tengok komen balas peniaga pun xikhlas, xnak mengaku salah,nak menang dia jer.

Ade dia kira mcm tuh,kan order jug mestilah murah.
Istilah kedai borong tp jual harga runcit.
 
Back
Top
Log in Register