BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Air sirap dicaj RM18

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
DnmsLUQV4AA8DqL.jpg

DnmsGqFUUAEbz7n.jpg

DnmsTeGUYAAiEOD.jpg

Restoran diberi 5 hari tunjuk sebab

MELAKA: Pengusaha sebuah restoran asam pedas di Taman Kota Laksamana, di sini, yang mengenakan caj RM18 bagi satu jag minuman sirap diberi notis lima hari untuk mengemukakan dokumen tunjuk sebab.


Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Jaiya Abu, berkata sepasukan anggota penguatkuasa sudah ke restoran terbabit semalam dan melakukan pemeriksaan.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan anggotanya mendapati ada tanda harga dipamerkan di dinding premis makanan berkenaan.

“Bagi minuman yang ditularkan oleh pelanggan itu turut dibuat penandaan harga RM18, namun mempunyai tiga saiz berbeza dan kita menasihatkan supaya pemilik restoran hanya menggunakan satu saiz jag yang standard.

“Hasil daripada pemeriksaan itu satu notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dikeluarkan kepada pengusaha premis dan diberi tempoh lima hari untuk memberi maklum balas dan mengemukakan dokumen berkaitan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jaiya berkata, selain minuman sirap ais, pihaknya turut meminta pengusaha restoran mengemukakan dokumen tunjuk sebab membabitkan harga hidangan asam pedas ikan kembung.

“Kita juga mendapati, set asam pedas ikan kembung dijual antara RM9 hingga RM13.50 dan mereka perlu menunjukkan maklum balas mengapa ia dicaj sedemikian.

“Pihak kita akan menunggu maklum balas terlebih dulu sebelum dapat mengklasifikasikan sama ada kedua-duanya dikenakan harga yang melampau atau sebaliknya (mencatut atau tidak),”katanya.

Sebelum ini, seorang pengguna di laman sosial memuat naik resit bayaran dikenakan selepas tidak berpuas hati apabila minuman sirap air yang dipesannya dicaj RM18 untuk satu jag.

Wanita itu memuat naik keterangan ‘Ya memang aku nak viralkan benda ni. Satu jug air sirap tu RM18? Harga lauk tu tak kisah tapi air sirap kau charge macam tu memang tak guna la restoren kau. Manners pekerja out. Kenapa aku viral tak cakap depan depan kat diorang? i did tapi boss sendiri layan macam sampah,’ katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/09/476420/5-hari-tunjuk-sebab-air-sirap-rm18
 
mungkin nak bayar hutang atau nak naik haji cepat..
 
sorg family dakwa dah pulangkan semula duit dgn cara sedekah kt rumah anak yatim. malah air sirapnya menggunakan air filter elken. lol
 
Ni akak mana satu yang akak jenis suka keluar duit sedepuk tunjuk kekayaan dia tu ke..haha, sebab aku makan dekat kota laksamana tu macam ada dua kedai berdepan, satu ramai satu tak. yang ramai tu pernah makan asam pedas ikan kembung , masa nak bayar tu akak tu bawak kuar seikat duit rm50/100 nak tunjuk dia kaya kot :))
 
boleh ke kaedah pulangkan duit macam tu :)

kalau pulangkan maknanya mengakui duit tu milik pengadu dan kedai tak berhak menentukan kemana duit tu diberikan tanpa persetujuan pengadu...

langkah yang nampak bijak tapi tak membasuh dosa
 
bukan ke kalau nak pulangkan duit tu, pulangkan la pada pengadu ni kan

kalau dia sedekahkan pada anak yatim maksudnya dia sedekahkan duit dia sendiri pada anak yatim.

jadi takde maksud dia pulangkan duit pada pengadu..
dia tak even pulangkan pun duit tu

ke macamana..

apa definisi pulangkan duit pengadu sebenarnya..
 
Back
Top
Log in Register