BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aidilfitri: Tiga Kali Penyuraian Trafik Dilakukan Di Gua Musang Akibat Sesak - Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b1f3abe5a66009148649391ef46b0aac69bac10143e2d


Polis melakukan penyuraian trafik sebanyak tiga kali di beberapa lokasi tumpuan berikutan pertambahan jumlah kenderaan yang mula memasuki Kelantan melalui Jalan Kuala Lipis, Pahang-Gua Musang hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata lokasi yang terlibat adalah sempadan Merapoh, Pahang, iaitu di Kampung Mentara, laluan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Masjid Buluh dan Jalan Persiaran Raya.

“Pada sebelah petang tadi, kami telah melakukan dua kali penyuraian trafik manakala sebelah malam pula kami melakukan lagi satu penyuraian trafik untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas bertambah teruk.

“Selain melakukan penyuraian, anggota polis turut membuat rondaan dan pemantauan aliran trafik di pintu masuk serta keluar daerah ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sik berkata proses penyuraian trafik ini juga memerlukan masa yang agak lama kerana perlu mengatur gerak bagi setiap lokasi yang terlibat dengan selamat.

Beliau bagaimanapun berkata pergerakan trafik sedikit lancar di laluan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kem Semur di sini.

Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa jalan utama Persekutuan membabitkan jajahan Kuala Krai pula mendapati aliran trafik bergerak lancar dan terkawal setakat 10.30 malam tadi.

 
Back
Top
Log in Register