BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Zahid Akan Bertemu PM Anwar Bincang Isu Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141
2e136f1fc8343b2470da152df272777369ef4f872f981

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bercakap kepada media selepas Wawancara Eksklusif bersama para editor di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi membincangkan isu berkaitan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata pertemuan itu, antara lain akan membincangkan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminudin Harun.

Beliau berkata pertemuan dengan Presiden Pakatan Harapan (PH) itu, akan diadakan pada bila-bila masa.

“Saya perlu bertemu (Anwar) dan beliau perlu bertemu saya,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai isu melibatkan 14 ADUN negeri itu, di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan kesemua ADUN terlibat, bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Saya mempunyai waktu yang sangat terbuka untuk mereka (ADUN BN) dan mereka boleh datang bertemu dengan saya pada bila-bila masa, pada hari ini atau selepas ini,” katanya mengadakan pertemuan dengan editor media di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional pada peringkat nasional, akan meneliti keputusan yang dibuat oleh ADUN terbabit serta menilai implikasi politik daripada tindakan itu.

Hari ini, kesemua 14 ADUN UMNO dan BN Negeri Sembilan, sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin, susulan kemelut pemerintahan yang berlaku dan pemakluman rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada Yang Dipertua DUN dan Setiausaha DUN.

Dalam pada itu, Aminuddin dalam sidang media petang ini memaklumkan beliau dititahkan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, untuk meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri dan kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa bagi memastikan kepentingan rakyat terpelihara.

 
Back
Top
Log in Register