BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Pentadbiran Negeri Sembilan: Sebarang Perkembangan Kita Umum Kemudian - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141
6d150818b935f0ab08142539086de62369ef55aa3f6ca


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang perkembangan berkaitan isu pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan akan diumumkan kemudian.

“Kita akan umum kemudian,” kata Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Inovasi dan Makmal Kecerdasan Buatan (AI) Huawei, di sini hari ini.

Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Anwar berkaitan isu berkenaan dalam masa terdekat.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia bagi membincangkan hal berkaitan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan kepada Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini.

Sebelum itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata keputusan kesemua 14 ADUN UMNO dan BN menarik sokongan secara sebulat suara itu terhadap Aminuddin adalah susulan krisis adat yang berlaku ketika ini.

 
Back
Top
Log in Register