BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Berkenan Tandatangani Akta Antibuli 2026

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80
7eb4c24c317b68ede80117208923ad616961c8bb5bf35

f1ade978ce4c9e2a8c775266a42f08ad6961c8db81887

Kredit: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akta berkenaan yang digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Dis lepas, bertujuan mewujudkan mekanisme khusus untuk menangani kes buli terhadap semua mangsa yang telah ditakrif dan diperuntukkan di bawah akta tersebut.

“Di bawah akta ini, Menteri Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Menteri Pertahanan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta Menteri Dalam Negeri diberi kuasa untuk mengurus dan mengawal selia kes buli di institusi pendidikan atau institusi lain di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing,” menurut hantaran itu.

Hantaran itu turut memaklumkan, bahawa sebuah Tribunal Antibuli akan ditubuhkan sebagai suatu badan kuasi-kehakiman khusus untuk menerima, mendengar dan menentukan aduan buli yang dibuat oleh mangsa.

Tribunal berkenaan juga berkuasa memberikan sebarang pampasan atau perintah yang sewajarnya bagi maksud pembelaan dan keadilan terhadap mangsa buli.

 
Pengadil bola pun banyak membuli, pemain tak boleh membela diri.
 
Back
Top
Log in Register