BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akta Antibuli 2026 Letak Tanggungjawab Bersama Kepada Ibu Bapa - Azalina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,167
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,167
Reaction score
346
Points
141

Akta Antibuli 2026 Letak Tanggungjawab Bersama Kepada Ibu Bapa - Azalina​

90df5c490495e670e4771cd08ad098c96a31085c871f5

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Tribunal Bagi Antibuli di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Ibu bapa kini boleh turut dikenakan liabiliti undang-undang sekiranya anak mereka didapati bersalah melakukan perbuatan buli apabila Akta Antibuli 2026 memperkenalkan konsep tanggungjawab bersama terhadap keluarga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata peruntukan itu antara pembaharuan utama dalam akta berkenaan yang memperluas tanggungjawab terhadap salah laku buli melangkaui pelaku kepada ahli keluarga.

Beliau berkata pendekatan itu berbeza daripada kebanyakan kesalahan jenayah yang lazimnya hanya melibatkan pelaku, sebaliknya Akta Antibuli memperuntukkan elemen tanggungjawab bersama yang boleh mengikat keluarga, termasuk berkaitan pembayaran denda yang dikenakan.

"Kalau melihat kepada akta ini, kita meletakkan klausa untuk tanggungjawab (ibu bapa). Jadi isu pembayaran denda dan sebagainya juga akan mengikat pada keluarga. Kita pindahkan liabiliti atau mengenakan tanggungan liabiliti kepada keluarga," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melancarkan ibu pejabat Tribunal Antibuli di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Azalina berkata penubuhan tribunal berkenaan didorong oleh peningkatan kes buli yang membimbangkan serta impaknya yang serius, termasuk kes yang mengakibatkan kehilangan nyawa.

"Kita mahu memberikan kesedaran kepada anak-anak mengenai keseriusan sifat buli yang akan diambil tindakan melalui saluran ini. Jadi mereka tidak boleh menganggap isu buli sebagai suatu perkara yang remeh-temeh," katanya.

Sebanyak 56 anggota tribunal terdiri daripada pakar perundangan dan pakar dalam bidang berkaitan kanak-kanak telah dilantik bagi mengendalikan kes-kes yang dirujuk.

Menurut Azalina, ibu pejabat tribunal itu akan beroperasi di AIAC, namun prosiding boleh dijalankan di seluruh negara termasuk di sekolah, pejabat Jabatan Bantuan Guaman atau secara dalam talian.

 
Back
Top
Log in Register