BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Berkenan Pandu Sejauh 45 Kilometer, Tinjau Persekitaran Mersing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141
b1f24620925f0ec6763c687faf7f1aea69abf4859fd0d

eb4856b002365ace5afc86a716760e5e69abf43945e92

0acfb3534cd32a32a42e1ebc88c85fea69abf4aee8d71

cda60bbf3891d1a6eba933d9bf33774269abf602abc1b

2e3ae61ff063d86e7927087b388afd1969abf4f36a960

Kredit: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memandu sendiri sejauh lebih 45 kilometer menyusuri beberapa kawasan penempatan bagi meninjau keadaan persekitaran di daerah Mersing.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa meninjau keadaan di Jeti Tanjung Penyabong bagi melihat sendiri tahap kebersihan serta kemudahan di kawasan berkenaan.

Sultan Ibrahim bertitah aspek kebersihan dan penyelenggaraan persekitaran perlu sentiasa diberi perhatian oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Seri Paduka Baginda bertitah Mersing antara destinasi pelancongan popular di Johor dan aspek kebersihan perlu dipelihara bagi memastikan persekitarannya kekal indah serta memberi keselesaan kepada penduduk dan pelancong.

Sultan Ibrahim turut bertitah mengingatkan orang ramai supaya bersama-sama menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata demi memastikan persekitaran bandar sentiasa bersih serta terpelihara.

Sementara itu dalam hantaran berasingan, Agong turut berkenan menerima mengadap Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan di Istana Flinstones di Mersing hari ini.

Seri Paduka Baginda dipersembahkan taklimat mengenai perancangan terkini kementerian serta pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan khususnya dalam membantu rakyat.

 
Back
Top
Log in Register