BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AGC Bantah Permohonan Peguam Albert Tei Untuk Cabar Dua Arahan SPRM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
108e5852e149b82a4428453c5bdfeeef695cd260bef58

Peguam Mahajoth Singh (tengah) yang mewakili ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing - Gambar fail

Jabatan Peguam Negara membantah permohonan peguam Mahajoth Singh untuk mendapatkan kebenaran memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar dua arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan anak guamnya, ahli perniagaan Albert Tei.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berhujah bahawa arahan SPRM terhadap Mahajoth, 31, untuk memeriksa beliau dan memintanya mengemukakan dokumen tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.

"Arahan di bawah Seksyen 30(1)(a) and (b) Akta SPRM 2009 merupakan pelaksanaan fungsi dalam proses siasatan jenayah.

"Justeru, ia tidak tertakluk kepada semakan kehakiman," katanya semasa prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alice Yoke Yee Ching.

Peguam N. Surendran, yang mewakili Mahajoth, pula berkata arahan itu tidak sah serta tidak boleh dikuat kuasa kerana SPRM telah melanggar perlindungan statutori terhadap komunikasi terlindung antara peguam dan anak guamnya di bawah Seksyen 126 Akta Keterangan 1950 serta Seksyen 46(2) Akta SPRM 2009.

Mahkamah menetapkan 28 Jan ini untuk memutuskan permohonan Mahajoth yang difailkan pada 9 Dis lepas.

Antara barangan yang diminta oleh SPRM dalam arahan itu ialah telefon bimbit Tei, dokumen berkaitan pembelian perabot, pakaian, kamera serta salinan perbualan WhatsApp antara Tei dan beberapa individu.

 
Back
Top
Log in Register