BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shamsul Iskandar, Albert Tei Dibawa Ke Mahkamah Putrajaya Untuk Permohonan Reman

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80
c9aa1bc93bab0df3e4719f43ff9e3e04692a6dd81a36d

598dab5fea637ebd44e2e9f588c4c884692a6daa2f4d0

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan seorang ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya pagi ini dengan menaiki kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi proses permohonan reman.

Kedua-dua mereka yang bergari dan memakai baju lokap SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dengan diiringi pegawai suruhanjaya berkenaan, untuk membantu siasatan dakwaan rasuah.

Semalam, SPRM menahan mereka dan Sofia Rini Buyong bagi membantu siasatan kes dakwaan pemberian rasuah oleh Tei kepada Shamsul Iskandar bagi mendapatkan semula wang yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Shamsul Iskandar dan Sofia Rini ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas memberikan keterangan, manakala Tei ditahan di rumahnya di Puchong.

 
Back
Top
Log in Register