BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Tetapkan 22 Feb Depan Permohonan Keluarga Daim Cabar Penyitaan Akaun Bank SPRM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Mahkamah Tetapkan 22 Feb Depan Permohonan Keluarga Daim Cabar Penyitaan Akaun Bank SPRM​

387679e4b17579fc5cb81e8aa954aecb66b4cee964637


Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 22 Feb 2027 untuk menyampaikan keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman difailkan keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membatalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank mereka.

Hakim Norliza Othman menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Abraham Au yang mewakili keluarga Daim, manakala Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Nurhafizza Azizan hadir bagi pihak SPRM dan lima responden lain.

Abraham berhujah bahawa sebelum notis pertama dikeluarkan pada 2023 tamat tempoh, pihak berkuasa mengeluarkan satu lagi notis pada 2024 di bawah undang-undang berbeza, sekali gus mengetepikan tempoh masa mandatori ditetapkan undang-undang dan memanjangkan tempoh pembekuan sehingga 30 bulan.

“Perintah pembekuan atau penyitaan lazimnya hanya sah untuk tempoh tertentu sebagaimana diperuntukkan di bawah undang-undang. Mengikut Seksyen 52A AMLA, tempoh maksimum ialah 12 bulan.

“Namun, sebelum perintah penyitaan di bawah Seksyen 50 tamat tempoh, responden menggunakan Seksyen 37 Akta SPRM untuk mengenakan penyitaan baharu selama 18 bulan lagi, sekali gus melanjutkan penyitaan sedia ada dan bukannya melepaskan akaun bank berkenaan kepada pemilik harta,” katanya.

Sementara itu, Nurhafizza berhujah bahawa SPRM mempunyai budi bicara untuk menentukan kaedah dalam menjalankan siasatannya.

Beliau berkata siasatan dijalankan secara serentak itu bukan dimulakan secara tiba-tiba, sambil menyatakan bahawa afidavit bersumpah yang difailkan dalam kes berkenaan menunjukkan turutan siasatan yang telah dijalankan.

Menjawab hujahan Abraham bahawa pihak berkuasa mengambil pendekatan “bekukan dahulu, siasat kemudian”, Nurhafizza berkata siasatan telah bermula pada Mac 2023, manakala notis penyitaan hanya dikeluarkan selepas itu, sekali gus menunjukkan bahawa siasatan telah pun dijalankan terlebih dahulu.

Nurhafizza turut berkata daripada 73 akaun bank yang terlibat, 54 telah dilepaskan manakala 19 lagi masih dibekukan sementara menunggu prosiding pelucuthakan.

 
Back
Top
Log in Register