BTC USD 83,613.5 Gold USD 4,156.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah ini satu konsparasi ?

x nampak lagi ke, sekiranya MCA,gerakan, dan parti spt PPP,MIC bergabung dgn DAP suatu hari nanti? ini tidak mustahil terjadi....
 
x nampak lagi ke, sekiranya MCA,gerakan, dan parti spt PPP,MIC bergabung dgn DAP suatu hari nanti? ini tidak mustahil terjadi....

maknanya dalam pilihanraya DAP tak lawan MCA lagi la...kalau cam tu melayu lawan cina + india la dalam pilihanraya..adakah ini akan berlaku? :-?
 
maknanya dalam pilihanraya DAP tak lawan MCA lagi la...kalau cam tu melayu lawan cina + india la dalam pilihanraya..adakah ini akan berlaku? :-?

mungkin akan terjadi satu masa nanti sekiranya melayu alpa...
 
Apa beza BN=UMNO+MIC+MCA dengan BA=PAS+PKR+DAP...pada pendapat aku sama jer...yg DAP pun take over tempat2 org cina.PKR amik alih tempat MIC+MCA and PAS amik tempat2 org melayu.So aku tengok disni takde beza pun.Pahal yg kalut2 kecoh2 nak ungkit pasal kaum2 ni..Benda simple jer.Buat sempit otak buat apa??dah.jangan layan sangat provoke2 camni.Dah lepas PRU masing2 laksanakan t/jawab masing2.Nak risau buat apa kalu udah itu pilihan rakyat.Dunia oh dunia
 
Ada yg aku sokong dan ada yg aku tak sokong....

hakikatnya aku memang tak sokong DAP atau BN dan aku kesal dek kerana terlalu ingin membangkang maka ada org melayu yg pangkah DAP...kesian pemikiran ni...kalau pangkar PAS ke..PKR ke ok gak...bukan nak main isu perkauman...tapi fikir la sendiri..kenapa DAP patut ditolak....Kaji sejarah DAP dan kaji hati pemimpin DAP..apa yg diumumkan semua berbentuk Malaysia Malaysian....makan jadilah kita macam Singapura...

Sesungguhnya pihak DAP tidak akan mampu untuk mengubah polisi atau akta tubuh sesuatu negeri kecuali Penang kerana perlu mendapat sokongan dari PAS dan PKR. Perlu di ingat PAS dan PKR adalah majoritinya Bumiputra Islam. Momokkan dari pihak yang kurang senang mengenai kesinambungan kesejahteraan BA cuma di persenda oleh golongan yg kurang senang@kecewa kerana kuasa yg ada tiba2 hilang tanpa di sangka. Apa yg DAP boleh buat terhadap bumiputra Islam? Semangat Malaysia yg di bawa oleh DAP amat tinggi nilainya, contoh seperti kes di Melaka.. "Siapa yg mempertahankan maruah seorang gadis bumiputra melayu" dan "siapakah yg mempertahankan maruah golongan mutrad melayu yg bertukar agama". Di waktu itu sewaktu di puncak kuasa tiada suara Pemuda UMNO yg menentang keras situasi ini dari berleluasa malahan di sokong dgn budaya hiburan melampau untuk anak muda melayu agar mereka alpa akan hak yg perlu DI PERTAHANKAN. Memangkah DAP dengan niat untuk mewujudkan sokongan kepada kerajaan yg Islam dan berkebajikan, hukum nya adalah harus mengikut syarah ustaz yg mengajar hukum tasahuf di tempat kami. Walwahualam!
 
lepas malaysia pun akan jadi macam amerika, pakai sistem dua parti iaitu Barisan Nasional dan Barisan Rakyat, sapa tak bagus kita tukar, kalau tak bagus, tukar lagi
 
x habih-habih puok-puok Be End nih dok maing isu racist wehh
 
Ada yg aku sokong dan ada yg aku tak sokong....

hakikatnya aku memang tak sokong DAP atau BN dan aku kesal dek kerana terlalu ingin membangkang maka ada org melayu yg pangkah DAP...kesian pemikiran ni...kalau pangkar PAS ke..PKR ke ok gak...bukan nak main isu perkauman...tapi fikir la sendiri..kenapa DAP patut ditolak....Kaji sejarah DAP dan kaji hati pemimpin DAP..apa yg diumumkan semua berbentuk Malaysia Malaysian....makan jadilah kita macam Singapura...

dont worry la bro
dont sangka-sangka la...
anwar kata, ada BUKTI?

rilek.. kita ada Sultan MElayu.. 9 orang pulak tuh
yang ang dok kata ni la politik kaum..
RISAU bende yang tak tau betul ke tidak,,,

adeh,,, sampai bila MELAYU mau maju kalau dok asyik duduk dalam sangka,,,

yang PASTI tanpa sangkaan lagi PM tetap melayu..
 
Sesungguhnya pihak DAP tidak akan mampu untuk mengubah polisi atau akta tubuh sesuatu negeri kecuali Penang kerana perlu mendapat sokongan dari PAS dan PKR. Perlu di ingat PAS dan PKR adalah majoritinya Bumiputra Islam. Momokkan dari pihak yang kurang senang mengenai kesinambungan kesejahteraan BA cuma di persenda oleh golongan yg kurang senang@kecewa kerana kuasa yg ada tiba2 hilang tanpa di sangka. Apa yg DAP boleh buat terhadap bumiputra Islam? Semangat Malaysia yg di bawa oleh DAP amat tinggi nilainya, contoh seperti kes di Melaka.. "Siapa yg mempertahankan maruah seorang gadis bumiputra melayu" dan "siapakah yg mempertahankan maruah golongan mutrad melayu yg bertukar agama". Di waktu itu sewaktu di puncak kuasa tiada suara Pemuda UMNO yg menentang keras situasi ini dari berleluasa malahan di sokong dgn budaya hiburan melampau untuk anak muda melayu agar mereka alpa akan hak yg perlu DI PERTAHANKAN. Memangkah DAP dengan niat untuk mewujudkan sokongan kepada kerajaan yg Islam dan berkebajikan, hukum nya adalah harus mengikut syarah ustaz yg mengajar hukum tasahuf di tempat kami. Walwahualam!

setuju!

Ketuanan melayu di bumi bertuah Malaysia sesekali tidak akan diganggu gugat dengan adanya Raja-raja Melayu yang berdaulat!

Peranan Majlis Raja-Raja Dalam Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia


PENGENALAN

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya hasil daripada perancangan British dalam tahun 1948 sebagai menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar). Ianya pertama kali diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh empat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama diadakan ialah pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.


FUNGSI

Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi juga unik kerana Majlis ini merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah seperti berikut:

(a)


memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga;


(b)


mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;


(c)


mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;


(d)


melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;


(e)


memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,

dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.

Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka.

Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain).


BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA

Ahli-ahli Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut, iaitu:

(a)


memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya; atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;
(b)


memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;
(c)


mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja;
(d)


mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;
(e)


perlantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau
(f)
pemberian ampun, reprief dan respit, atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.


Sumber: http://www.malaysianmonarchy.org.my...dalam+Sistem+Raja+Berperlembagaan+di+Malaysia
 
Back
Top
Log in Register