BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Loke satu-satunya pemimpin DAP akan letak jawatan menteri

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Loke satu-satunya pemimpin DAP akan letak jawatan menteri​

3820b78b-766a-4357-9157-5abf8ccfbfa0-loke-fmt-119926.jpg

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook tegaskan bahawa keputusan DAP bahawa hanya beliau yang akan letak jawatan menteri merupakan tindakan yang ‘bertanggungjawab’.

Pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selama tiga jam, Loke berkata, beliau akan menjadi satu-satunya pemimpin DAP yang akan berundur demi memastikan kestabilan politik.

Beliau berkata, DAP sedar ada pihak tertentu mahu parti itu terus meninggalkan Jemaah Menteri untuk mencetuskan ketidakstabilan politik demi mencapai cita-cita mereka, namun pihaknya enggan melayan kehendak pesaing-pesaing ‘provokatif’ ini.

“Kami sedar ada parti-parti di luar sana menunggu DAP keluar kerajaan, supaya mereka boleh cetus ketidakstabilan politik dan menyebabkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hilang sokongan majoriti, kemudian bubar Parlimen. Ini yang diingini pihak lawan. (Jadi kami) tak mahu beri peluru kepada mereka.

“Pada masa sama, kami ada pendirian tersendiri (berhubung pengampunan bersyarat Najib), yang dizahirkan menerusi tawaran saya untuk letak jawatan,” katanya menambah, beliau akan menyerahkan surat letak jawatannya kepada Anwar tidak lama lagi.

Loke menegaskan, keputusan DAP bahawa hanya beliau yang akan letak jawatan merupakan tindakan yang ‘bertanggungjawab’.

Beliau menambah, peletakan jawatannya, jika diterima oleh perdana menteri, tidak akan menjejaskan operasi Kementerian Pengangkutan, namun beliau perlu sedikit masa untuk menguruskan hal-hal yang masih belum selesai sebelum secara rasmi berundur.

Semalam, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong memperkenan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah, iaitu sehingga 23 Ogos 2028, dengan syarat beliau membayar denda RM50 juta bagi kes SRC International.

Najib, 73, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun di Penjara Kajang selepas Lembaga Pengampunan memendekkan separuh hukuman asalnya pada Februari 2024. Denda asal RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta.

Terdahulu, CEC DAP bermesyuarat bagi menentukan pendirian parti dan tindakan susulan selepas Najib dikurniakan pengampunan bersyarat.

Selain Loke, mesyuarat itu turut dihadiri Pengerusi DAP Gobind Singh Deo, Setiausaha Organisasi Khoo Poay Tiong, Bendahari Ngeh Koo Ham, Ketua Wanita Teo Nie Ching, dan Timbalan Setiausaha Agung DAP Hannah Yeoh yang juga menteri Wilayah Persekutuan yang menganggotai Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming, Naib Pengerusi Syahredzan Johan, J Arul Kumar, Ng Suee Lim, Setiausaha Antarabangsa Kasthuri Patto serta anggota CEC Lim Hui Ying.
 
Back
Top
Log in Register