BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Loke urus hal letak jawatan selepas pulang dari China

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Loke urus hal letak jawatan selepas pulang dari China​

f035cd58-anthony-loke-siew-fook-delivers-a-speech-at-the-pakatan-harapan-fmt-020726.jpg

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook pada Sabtu umum akan letak jawatan sebagai menteri pengangkutan berikutan pengampunan bersyarat diberikan kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.

Kementerian Pengangkutan berkata, program itu turut melibatkan beberapa pertemuan dua hala serta pemeteraian duamemorandum persefahaman (MoU), termasuk MoU kerjasama pengangkutan antara Malaysia-China.

“Selepas menyelesaikan program rasmi di Beijing, YB Menteri dijadualkan ke Shanghai untuk menyertai rombongan YAB perdana menteri sebelum kembali ke Malaysia bagi menguruskan perkara-perkara berkaitan proses peletakan jawatan beliau sebagai menteri pengangkutan,” katanya menurut kenyataan.

Kementerian berkata, pihaknya akan terus memastikan segala urusan dan tanggungjawab kementerian dilaksanakan seperti biasa secara profesional dan teratur.

Mesyuarat Menteri-menteri Pengangkutan Apec dijadual berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Loke, yang juga setiausaha agung DAP pada Sabtu mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri susulan pengampunan bersyarat diberikan kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.

Katanya, beliau memerlukan sedikit masa untuk menguruskan urusan kementerian yang masih tertunggak, sebelum melepaskan jawatan tersebut secara rasmi.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata beliau akan bertemu Loke untuk membincangkan peletakan jawatannya selepas lawatan mereka ke Shanghai.
 
Back
Top
Log in Register