BTC USD 83,055.0 Gold USD 4,158.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah ini satu konsparasi ?

pada aku ni sume bukan satu isu pon..contohnyer kat n9 tu yg DAP menang tu sumer dari kerusi MCA n MIC jer..sumer peralihan parti jer bukan nyer kaum..kalu bn menang kat situ pon bawah MCA n MIC gak..so wat is the different..kalu kaji dr sejarah lak saper yg mempertahankan maruah anak gadis melayu dr pemimpin ameno yg akhirnya dia sendri terpenjara????maner pemimpin melayu masa tu???pis

Aku sokong! Isu ni cuma satu propaganda BN. Jangan tertipu plak. BN pegang Penang selama ni apa yg dia buat pada orang Melayu? Tanah semua dah abis tergadai pun. Kalau sekarang baru nak mempersoalkan bende ni dah terlewat la. Kalaupun MCA pegang, diorang tu satu kaum jugak. Apa yg berbeza sgt pun. At least Lim Guan Eng tu masuk penjara dulu sebab mempertahankan maruah perempuan Melayu yg dirogol pemimpin Melayu sendiri. Ideologi Hang Tuah taatkan pemimpin membuta tuli dah tak boleh dipakai. Kalau diorang dah tak relevan, turunkan aje. Biar dia tau kuasa Barisan Rakyat
 
Ketika ini kedudukan Melayu juga bergantung kpd Umeno sbnarnya.. Adakah mereka akan mula memikirkan nasib Melayu keseluruhannya atau terus menerus memikirkan diri sendiri dan kroni?
 
Ketika ini kedudukan Melayu juga bergantung kpd Umeno sbnarnya.. Adakah mereka akan mula memikirkan nasib Melayu keseluruhannya atau terus menerus memikirkan diri sendiri dan kroni?

ko sendiri pun tahu apa jawapannya.
 
x nampak lagi ke, sekiranya MCA,gerakan, dan parti spt PPP,MIC bergabung dgn DAP suatu hari nanti? ini tidak mustahil terjadi....

apa barang bro...takut nampak:D kolot benar pemikiran kau...ni lah padahnya kalau dh di brainwash oleh umno:eek: Habis kau ingat PAS, PKR dan UMNNO tak boleh bergabung ke spt yg kau bayangkan kaum lain bergabung ngan DAP...
 
setuju!

Ketuanan melayu di bumi bertuah Malaysia sesekali tidak akan diganggu gugat dengan adanya Raja-raja Melayu yang berdaulat!

Peranan Majlis Raja-Raja Dalam Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia


PENGENALAN

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya hasil daripada perancangan British dalam tahun 1948 sebagai menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar). Ianya pertama kali diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh empat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama diadakan ialah pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.


FUNGSI

Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi juga unik kerana Majlis ini merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah seperti berikut:

(a)


memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga;


(b)


mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;


(c)


mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;


(d)


melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;


(e)


memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,

dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.

Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka.

Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain).


BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA

Ahli-ahli Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut, iaitu:

(a)


memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya; atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;
(b)


memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;
(c)


mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja;
(d)


mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;
(e)


perlantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau
(f)
pemberian ampun, reprief dan respit, atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.


Sumber: http://www.malaysianmonarchy.org.my...dalam+Sistem+Raja+Berperlembagaan+di+Malaysia

tp peranan sultan, raja dan agung telah dikontrol oleh che det dulu....:(scam
 
pada aku ni sume bukan satu isu pon..contohnyer kat n9 tu yg DAP menang tu sumer dari kerusi MCA n MIC jer..sumer peralihan parti jer bukan nyer kaum..kalu bn menang kat situ pon bawah MCA n MIC gak..so wat is the different..kalu kaji dr sejarah lak saper yg mempertahankan maruah anak gadis melayu dr pemimpin ameno yg akhirnya dia sendri terpenjara????maner pemimpin melayu masa tu???pis

yeszaaa...dari aku vote bn, baik aku vote DAP.. cina tu pon tau hukum dunia.pangkah BN,abis la harta rakyat..terengganu yg patut kaya raya tu pon gi bazir duit kat monsoon cup yg takde paedah tu..tergadai gak harta rakyat. antara setan 2 tanduk ngan setan 1 tanduk,baik aku pilih setan 1 tanduk :eek: :eek:
 
bagi pendapat aku pulak, sememangnya kerusi yg dimenangi oleh DAP merupakan kerusi MCA or gerakan or MIC dan bukan kerusi PAS atau UMNO, maka sebenarnya sebelum ini pun mmg org cina menjadi wakil di kawasan tersebut contohnya pulau pinang yg diterajui oleh gerakan. Org melayu berasa bangsa selamat dibawah gerakan kerana ianya komponen BN yg diteraju oleh UMNO sebagai PM...

jadi di sini saya mengatakan bahawa BA diterajui oleh DSAI yg memainkan peranan menyatukan DAP, PKR dan PAS membentuk BA dan apa yg saya boleh katakan di sini ialah ketua BA ialah org melayu.

Dari segi perjuangan DAP yg menuntut kesamaan kepada semua bangsa merupakan langkah yg menggugat bangsa melayu tetapi bukan agama islam..tetapi adakah DSAI akan bersetuju 100% dgn tindakan DAP? inilah peranan yg peru dimainkan oleh DSAI jika beliau inginkan sokongan dari org melayu kekal kepada PKR..

Kuasa ditangan kita, tapi kita mesti ingat, yg menyebabkan org melayu terpinggir di pulau pinang dan terpaksa keluar dr kawasan pulau ke tanah besar kerana tak mampu menanggung kesan dr kemajuan pulau pinang ialah UMNO yg telah diberi kuasa ut membela nasih org melayu pulau pinang

kenapa selepas 50 tahun memerintah baru hari ini kita bertanya tentang nasib melayu pulau pinang?

AKU SOKONG :)paid :)paid :)paid
 
tp peranan sultan, raja dan agung telah dikontrol oleh che det dulu....:(scam

dorang takde internet kot kat umah.dok tgk tv3 jek.asyik kene tipu :eek: :eek: kalau dia masuk online,bace malaysiakini.com ke, mesti dia buang KJ dari malaysia :eek: :eek: hanta gi somalia kee
 
dorang takde internet kot kat umah.dok tgk tv3 jek.asyik kene tipu :eek: :eek: kalau dia masuk online,bace malaysiakini.com ke, mesti dia buang KJ dari malaysia :eek: :eek: hanta gi somalia kee

Parent aku ckp internet nie byk menipu, tapi dorang tak sedar TV1, TV2,TV3,Utusan ngan Berita yang byk menipu..dalam family aku semua ameno, aku sorang BA..ngeh ngeh..:eek: :eek: :)) :))
 
Back
Top
Log in Register