Laburlahh
Siapa yang ada idea, share jer lah kat sini.
Kalau bukan untuk tuan tanah, boleh jadi rujukan ahli lain.
Aku pun ada jugak duit simpanan, tapi tak dak idea nak buat apa.
1st.. TT kena bagitau.. camne dia boleh ada 3 juta...
2nd... adakah TT nak gandakan lagi.. kerana kaedah yg ada tak cukup lagi nak jadi kaya yg diimpikannya ATAU
3rd.. TT nak mintak idea dan seterusnya share
cadangan saya:
1. Laburkan dalam mencari ILMU pelaburan
2. Cuba ceburi/test ilmu tersebut
3. Sesuaikan dengan kemampuan diri vs risiko pelaburan
Pandangan saya
1. Jika TT biasa dengan saving biasa, dividen adalah rendah (saving bank)
2. Jika TT dah banyak wang dalam ASB dan THaji... (ada had simpanan disini rasanya)
3. Unit Trust.. cuma slow sket la tapi middle risk, takes time
4. Saham (Cuma banyak sangat kaunter).. 700 kaunter syariah Malaysia,
5. Futures (pasaran Hadapan).. lebih berisiko.. tapi dengan ilmu, emosi., jari sendiri akan tentukan untung rugi (Halal Syariah Malaysia)
6. Forex (sangat berisiko dan Haram dr segi syariah di Malaysia)
Pengalaman
1. Saya sedang ceburi perkara 5.selepas lalui 1-5, hasil kursus ilmu kewangan... okla.. tapi fasa percubaan.. sbb ilmu tak cukup
2. Tapi puashati berbanding Skim Cepat Kaya.. sebab meletakkan modal kepada pihak lain
3. so sedaiakn Bajet.. untuk belajar, untuk prapelaburan, untuk tamabhan pelaburan dan untuk tahap serius pelaburan.. but backup plan dan money management kena ada .. biar paham.. so mental dah ready nak melabur... bak umpama untuk cecah jari kat air... letak kaki kat air... masuk paras lutut, atau nak menyelam sikit2... atau nak terjun!!!!
maaf kalau `terpanjang'...