BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ABIM Cadang Kerajaan Rangka Garis Panduan Acara Komuniti Sensitif

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f6fa8ccc821e6cc3410eb59369b0924d69611a1d6aa0e

fb Angkatan Belia Islam Malaysia - ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencadangkan penubuhan jawatankuasa antara kementerian bagi merangka garis panduan nasional berkaitan penganjuran acara komuniti melibatkan isu sensitif termasuk aspek penjenamaan, kandungan program, ketelusan mandat persatuan berdaftar serta pematuhan kepada nilai dan kepentingan awam.

Presiden ABIM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata langkah itu penting bagi memperkukuh tadbir urus negara serta mengelakkan kekeliruan dan keresahan awam susulan penganjuran program komuniti yang menggunakan pendekatan atau penjenamaan sensitif.

Beliau berkata cadangan itu merangkumi keperluan kawal selia lebih jelas terhadap program bersifat tertutup, bermalam serta bertemakan isu kesihatan atau sosial yang berpotensi menimbulkan implikasi moral dan keharmonian masyarakat.

“Langkah ini bukan bertujuan menyekat ruang sivik atau menghukum mana-mana pihak, sebaliknya sebagai pendekatan pencegahan dan tadbir urus berhemah agar isu kesihatan awam tidak disalahgunakan sebagai pintu masuk kepada advokasi identiti atau normalisasi nilai yang bercanggah dengan asas masyarakat dan Perlembagaan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fahmi berkata dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, pendekatan kesedaran kesihatan awam perlu mengambil kira realiti sosiobudaya, norma agama dan kerangka undang-undang sedia ada agar mesej yang disampaikan kekal berfokus kepada kesejahteraan awam.

Sebelum ini, media melaporkan penganjur program Glamping With Pride akan meneruskan acara itu walaupun mendapat bantahan daripada banyak pihak.

Program berkenaan digambarkan sebagai satu permukiman berasaskan komuniti yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan, sokongan rakan sebaya serta kesedaran kesihatan.

 
Back
Top
Log in Register