BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Rangka Garis Panduan Kemudahan Mesra OKU Di Semua Masjid, Surau - Zulkifli

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
0c656ad74bdd18ba2aeb3b2a56878bdb6986d4e4db76a

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hassan bercakap pada media di Program Madani Membantu: Ziarah Kasih Rahmah (Zikir) bersama Komuniti Behrang di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) hari ini.

Kerajaan sedang merangka garis panduan bagi melaksanakan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) di semua masjid dan surau di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Zulkifli berkata garis panduan tersebut bakal dilaksanakan di bawah Pelan Tindakan OKU Orang Islam dan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkaitan telah dilakukan setakat ini.

“Ini merupakan projek kami di bawah Hal Ehwal Agama, Alhamdulillah baru-baru ini kita latih imam dan guru untuk mereka boleh mengajar Braille. Untuk ini juga MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) telah menaja e-Braille ataupun e-Dot sistem iaitu komputer riba untuk digunakan oleh OKU,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program MADANI Membantu: Ziarah Kasih Rahmah (ZIKIR) 2026 Bersama Komuniti Behrang di sini hari ini.

Sementara itu, Zulkifli berkata walaupun umumnya masjid di negara ini ada yang telah memenuhi kemudahan untuk OKU, ia masih memerlukan penambahbaikan.

“Alhamdulillah, ada masjid yang sudah terkehadapan dengan mendapat anugerah dan sebagainya, kita pun sudah lakukan program (mesra OKU), sebagai contoh ada masjid khutbah pun sudah ada bahasa isyarat,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan tersebut secara meluas mungkin tidak mudah namun dengan keazaman dan tekad serta perancangan yang baik, ia boleh dilakukan.

Dalam pada itu, Zulkifli yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Pemegang Amanah Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), berkata program hari ini adalah kerjasama strategik antara YWM dengan jawatankuasa Masjid Al-Hidayah Behrang, agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, rakan strategik serta sukarelawan dalam memperkasa kesejahteraan komuniti setempat.

Antara inisiatif yang dilaksanakan penyampaian kotak makanan kepada 150 ketua isi rumah dan menyantuni lebih 500 masyarakat sekitar melalui pemberian petrol percuma serta program sarapan percuma kepada komuniti setempat.

 
Back
Top
Log in Register