BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Garis Panduan Insentif Kediaman Mesra Alam Selangor Dilaksana Mulai 1 Julai - Exco

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Garis Panduan Insentif Kediaman Mesra Alam Selangor Dilaksana Mulai 1 Julai - Exco​

b02474224f7b9a45e64ec7a17ae0066a6a38fde6bef1f

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor Datuk Ng Suee Lim semasa sidang media di Wisma Dewan Negeri Selangor hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Garis Panduan Pengurangan Cukai Taksiran bagi permohonan Insentif Kediaman Mesra Alam Sekitar yang diumumkan menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dilaksanakan mulai 1 Julai depan.

Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Selangor Datuk Ng Suee Lim berkata menerusi inisiatif itu, pemilik kediaman yang melaksanakan pemasangan sistem solar, penggunaan peralatan cekap tenaga serta sistem penuaian air hujan mulai 1 Jan 2026 boleh dipertimbangkan untuk menerima pengurangan cukai taksiran, tertakluk kepada syarat yang akan ditetapkan.

Beliau berkata inisiatif sama turut melibatkan pemilikan kenderaan elektrik (EV), amalan kitar semula serta pengurangan sisa domestik yang juga boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan pengurangan cukai taksiran bermula tarikh sama.

“Ini merupakan satu inisiatif baharu kerajaan negeri untuk menggalakkan penduduk Selangor menyokong penggunaan tenaga hijau seperti pemasangan panel solar di rumah supaya dapat menjimatkan penggunaan elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan pakej itu pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat, 19 Jun lepas berkata kerajaan negeri memperuntukkan rebat cukai taksiran sebanyak 100 peratus kepada warga Selangor yang memasang teknologi hijau di rumah mereka pada tahun ini.

Amirudin berkata tawaran rebat itu diberikan kerajaan negeri bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri beralih kepada tenaga bersih dan mampan.

Mengulas isu pelupusan sisa teknologi hijau seperti panel solar dan EV, Ng berkata kerajaan negeri akan meneliti kaedah terbaik bagi memastikan proses berkenaan dapat dilaksanakan secara mampan tanpa menjejaskan alam sekitar.

 
Back
Top
Log in Register