kryptoz
Freshie
- Messages
- 5
- Joined
- Aug 26, 2013
- Messages
- 5
- Reaction score
- 11
- Points
- 8
Senarai 8 Laman Web Al-quran Terbaik
Al-Quran adalah kalam suci yang yang menjadi pedoman dan tempat rujukan utama bagi umat Islam. Seiring dengan kecanggihan teknologi semasa, bacaan dan kajian terhadap Al-Quran boleh dilakukan dan diakses di mana-mana oleh umat Islam seperti komputer, tablet dan telefon.Berikut disenaraikan 8 laman web Al-Quran beserta review ringkas ciri-ciri yang ditawarkan oleh laman-laman berikut bagi memudahkan pengguna dan pelawat:
1.*Quran.com
Tujuan utama website ini dibina adalah untuk memudahkan orang ramai mendapatkan terjemahan Al-Quran dalam pelbagai bahasa.Antara ciri-ciri yang disediakan adalah pilihan paparan surah-surah, carian dan pilihan untuk menperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Laman ini menggunakan paparan mesra pengguna bagi memudahkan mereka mengendali laman ini.
2.*Tanzil
Tanzil merupakan projek Al-Quran secara online terbesar yang telah dilancarkan pada 2007 untuk menghasilkan teks Al-Quran secara Unikod yang disahkan agar teks-teks tersebut boleh digunakan oleh laman-laman web atau aplikasi-aplikasi lain. Projek ini berjaya menghasilkan teks Al-Quran yang standard dan terpelihara daripada kesilapan teks.Antara ciri-ciri menarik laman web ini adalah kemudahan pengguna untuk memuat turun ayat-ayat suci Al-Quran. Ini amat bermakna bagi pengguna terutamanya penulis yang kadang kala memerlukan ayat-ayat suci Al-Quran untuk dimuatkan ke dalam penulisan mereka sebagai rujukan. Ayat-ayat suci ini juga boleh ditarik dan dipapar terus pada mana-mana laman web yang lain. Ini dapat memudahkan penulis dan menjaga kesucian ayat dari kesilapan.
3.*Zekr.org
Laman Zekr.org telah dibina khas untuk pengguna sistem operasi (OS) Microsoft Windows. Ini memudahkan pengguna tersebut mengendalikan aplikasi tersebut terus dari komputer mereka tanpa sebarang sambungan ke internet.Antara ciri-ciri utama aplikasi tersebut adalah carian terperinci, navigasi surah-surah, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan tafsir.
4. QuranFlash
Quranflash adalah aplikasi online yang menggunakan teknologi flash dalam membantu pengguna membaca al-Quran secara maya melalui browser. Quranflash memaparkan cetakan dan hiasan tepi yang sama seperti al-Quran cetakan dengan pelbagai riwayat dan paparan.Antara ciri-ciri interaktif yang disediakan adalah pendengaran audio, terjemahan, salinan teks, bookmark dan sebagainya. Versi terbaru juga membolehkan pengguna memperbesarkan paparan (zooming). Pengguna juga boleh memperdengarkan bacaan audio dari mukasurat ke mukasurat, yang mana amat berguna bagi sesiapa yang sedang menghafal al-Quran.
5.*MP3Quran.net
Mp3Quran.net adalah laman sesawang yang menyediakan senarai audio bacaan Al-Quran dalam bentuk surah-surah. Laman ini menyediakan audio yang paling lengkap.Laman ini terdiri dari bacaan beberapa qari terbaik dunia. Sesetengahnya di datangkan dalam bacaan lengkap satu Al-Quran, manakala sesetengahnya hanya di datangkan dalam beberapa surah sahaja.*Bacaan-bacaan yang di datangkan juga dalam pelbagai riwayah. Audio-audio ini disenaraikan*mengikut paparan nama-nama qari bagi memudahkan pengguna membuat pencarian dan proses muat turun.
6.*QuranicAudio.com
QuranicAudio.com merupakan penyedia koleksi bacaan Al-Quran berkualiti tinggi dan terbesar di internet. Bacaan-bacaan dalam bentuk mp3 tersebut boleh dimuat turun atau dimainkan terus melalui internet. Hasil kerja sukarela ini dilakukan oleh beberapa pakar IT muslim di Asia Barat. Kebanyakan bacaan-bacaan dari pelbagai qari tersebut dihasil terus dari CD bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
7.*Altafsir.com
Laman web yang telah dibangunkan sejak 2001 oleh Institut Pemikiran Islam Al-Bayt Jordan ini menyediakan koleksi tafsir, terjemahan dan bacaan serta rujukan terbesar di internet dalam Bahasa Inggeris dan Arab.Terdapat lebih kurang 150 kitab disediakan dalam pelbagai rujukan seperti tafsir, tajwid, hadis, asbab al-nuzul dan sebagainya. Antara kitab tafsir terkenal yang disediakan adalah Tafsir al-Jalalain karangan As-Sayuti & Al-Mahalli, At-Tafsir (Ibnu Abbas), Asbab al-Nuzul (Al-Wahidi), At-Tafsir (Al-Tustari) dan At-Tafsir (Al-Baydhowi).*
8.*Surah.my
Surah.my dibangunkan oleh tenaga tempatan (Malaysia) yang menyediakan terjemahan dalam Bahasa Melayu berserta audio bacaan setiap ayat-ayat suci Al-Quran. Laman Surah.my menyediakan paparan antaramuka yang ringkas dan kemas bagi memudahkan pengguna melayari laman tersebut.Antara ciri-ciri menarik di laman web Surah.my adalah cerapan (embed) ayat-ayat Al-Quran, bookmark dan carian ayat-ayat mengikut topik seperti puasa, solat dan sebagainya.
Senarai di atas adalah hasil kajian kami terhadap beberapa laman yang bermanfaat berkenaan Al-Quran. Anda ungkin ada tambahan yg boleh dikongsi bersama.Juga sekadar peringatan, terdapat juga laman-laman web palsu yang cuba memaparkan ayat-ayat palsu, ditokok tambah dan bukan dari Al-Quran. Anda hanya harus berhati-hati agar tidak mudah terpengaruh dan tertarik dengan laman-laman tersebut.