BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

8,615 KRT Seluruh Negara Bakal Terima Manfaat Kenaikan Geran Tahunan - Aaron

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

8,615 KRT Seluruh Negara Bakal Terima Manfaat Kenaikan Geran Tahunan - Aaron​

1651054544cae776306d96b68d2c4e416a3bd0d5e4c3c

fb Aaron Ago Dagang

Sebanyak 8,615 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang telah ditubuhkan di seluruh negara bakal menerima lonjakan kapasiti operasi berikutan pengumuman kenaikan Geran Tahunan KRT daripada RM6,000 kepada RM10,000.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata peningkatan itu satu pengiktirafan besar terhadap peranan KRT sebagai institusi komuniti yang menjadi pemangkin perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat selama lebih lima dekad.

“Kenaikan geran ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh gerakan akar umbi yang menjadi nadi kepada pembinaan masyarakat yang bersatu padu dan progresif,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program MADANI KITA bersama-sama KRT di Dataran Segamat, Johor berkata kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi KRT di seluruh negara kepada RM10,000 berkuat kuasa Januari 2027.

Selain itu, Aaron berkata gerakan komuniti di bawah Kementerian Perpaduan Negara itu telah diperkasakan melalui pelbagai inisiatif yang melibatkan kira-kira 250,000 anggota KRT.

Langkah itu, menurut beliau telah memberi manfaat kepada lebih 12 juta rakyat Malaysia dengan pelaksanaan melebihi 100,000 aktiviti komuniti sepanjang tahun lepas.

“Kenaikan geran tahunan ini dijangka akan melonjakkan lagi kapasiti dan keupayaan KRT untuk melaksanakan program lebih berimpak tinggi termasuk aktiviti perpaduan, pembangunan komuniti, kebajikan, pendidikan, keselamatan kejiranan, kesukarelawanan serta pemerkasaan ekonomi setempat.

“Langkah ini juga membolehkan lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat dilaksanakan pada peringkat komuniti,” katanya.

Selain itu, Aaron menekankan semangat kejiranan sebagai asas kepada perpaduan negara manakala hubungan yang erat antara jiran tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang adalah kekuatan sebenar Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.

 
Back
Top
Log in Register