BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6,000 Pil Yaba Bernilai RM60,000 Dirampas, Sindiket Guna Laluan Haram Di Sungai Golok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

6,000 Pil Yaba Bernilai RM60,000 Dirampas, Sindiket Guna Laluan Haram Di Sungai Golok​

b8af7b6fb27955f53a9c27645be47efd6a819833b237e

kredit: IPK Kelantan

Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis pil yaba selepas menahan seorang lelaki warga Thailand dan merampas 6,000 pil bernilai kira-kira RM60,000 dalam operasi di Pasir Mas, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan pada 7.30 malam di tepi Jalan Kampung Rahmat, Jalan Lubok Stol-Rantau Panjang, Pasir Mas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Kelantan.

“Hasil pemeriksaan tubuh badan suspek menemukan satu bungkusan kertas kekuningan mengandungi 6,000 biji pil disyaki dadah jenis yaba dengan anggaran berat 655 gram dan nilai pasaran kira-kira RM60,000.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak awal tahun ini dengan modus operandi menggunakan laluan pangkalan haram di Sungai Golok bagi membawa masuk dadah dari negara jiran ke negeri ini sebelum dipasarkan di sekitar Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusoff berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman tujuh hari hingga 22 Ogos ini.

Katanya, ujian saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah jenis amphetamine, manakala semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

Beliau berkata kejayaan itu hasil risikan berterusan JSJN Kelantan serta kerjasama orang awam.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang,” katanya.

Mohd Yusoff turut mengingatkan orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah kepada Hotline JSJN di talian 012-208 7222.

 
Back
Top
Log in Register