BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

44 cedera tren tergelincir di Perancis

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

44 cedera tren tergelincir di Perancis​

3644639.webp

Pasukan keselamatan sedang berusaha menyelamatkan kesemua penumpang yang terlibat dalam nahas. Foto AFP

PARIS - Sekurang-kurangnya 44 orang awam cedera, termasuk seorang dalam keadaan kritikal selepas kereta api dinaiki tergelincir atau terkeluar daripada landasan di utara Perancis.

Memetik laporan BBC, mangsa yang kritikal iaitu remaja perempuan berusia 18 tahun diterbangkan dengan helikopter ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera.

Menteri Pengangkutan, Philippe Tabarot berkata, seramai 180 penumpang berada di dalam kereta api tersebut yang beroperasi antara Rouen dan Caen di Normandy.

Menurut beliau, kira-kira 140 anggota bomba dan pasukan kecemasan lain dikerahkan ke lokasi kejadian pada petang Jumaat berhampiran daerah Cléon, di selatan Rouen.

Punca kejadian tren tergelincir daripada landasan masih belum diketahui.

Pihak berkuasa tempatan mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan bagi insiden melibatkan orang awam selepas kemalangan berlaku kira-kira jam 8 malam waktu tempatan (6 petang GMT).

Tular beberapa gambar menunjukkan penumpang keluar daripada kereta api berkenaan, manakala media Perancis melaporkan tiga gerabak terbalik.

Pengendali kereta api milik kerajaan Perancis, SNCF melaporkan terdapat 'gangguan ketara' terhadap perkhidmatan di laluan sekitar kawasan berkenaan.

SNCF memaklumkan, bas gantian akan disediakan kepada penumpang.

Pihak berkuasa turut menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan kejadian.

 
Back
Top
Log in Register