BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Gerabak Tren Tergelincir Dibawa Ke Depot Untuk Pemeriksaan - Rapid KL

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Empat Gerabak Tren Tergelincir Dibawa Ke Depot Untuk Pemeriksaan - Rapid KL​

4e2f6d2301dc1a892f654a707fb8d0b06a1a835ef3d79

3d6249f15dcc94c505ea4f5e8e87704c6a1a834e57fd1

84729bf8ce4a27e3649758e9c7aea1266a1a836ceae5d

kredit -- RapidKL

Empat gerabak tren yang tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin baru-baru ini, berjaya dinaikkan semula ke landasan dan dibawa pulang ke depot untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut oleh pasukan teknikal.

Rapid KL menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata kerja-kerja pemulihan tren yang dijalankan semalam dan awal pagi ini, melibatkan proses penyambungan antara gerabak-gerabak tren dan kenderaan trek khas, bagi membolehkan pergerakan keluar dilakukan dengan selamat dan terkawal.

“Gerak kerja sedang giat diteruskan demi memastikan perjalanan yang selamat lagi selesa buat penumpang dapat dikembalikan secepat mungkin,” menurut hantaran itu.

Pada Khamis, sebuah tren Laluan Ampang/Sri Petaling tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin akibat kerosakan pada suis landasan yang menjejaskan jadual perkhidmatan.

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata landasan yang terjejas dijangka dapat beroperasi semula selewat-lewatnya pada Rabu depan.

Beliau turut memaklumkan semua stesen di Laluan Ampang/Sri Petaling kekal beroperasi, namun menggunakan jadual perkhidmatan yang diubah suai, bagi memastikan pergerakan tren dapat diteruskan sepanjang tempoh kerja pemulihan dijalankan.

 
Back
Top
Log in Register