BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tren Tergelincir: Pengguna Harap Penyelenggaraan Landasan Dapat Dipertingkat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tren Tergelincir: Pengguna Harap Penyelenggaraan Landasan Dapat Dipertingkat​

ec72ac8f3f8892f240452645fda1c87c6a17fb4e55665


Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling berharap kerja baik pulih dan penyelenggaraan sistem landasan dapat dipertingkat susulan insiden sebuah tren tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin, pagi tadi.

Seorang pesara, Augustin Francis, 67, berkata beliau mengetahui tentang insiden itu selepas dimaklumkan rakannya tetapi tetap memilih menggunakan perkhidmatan berkenaan untuk ke ibu negara.

“Saya sudah menggunakan perkhidmatan ini lebih 30 tahun dan memang bagus tetapi nampaknya sudah usang terutamanya trek (landasan) yang rasanya perlu ditukar kerana sebelum ini sudah dua atau tiga kali berlaku masalah,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Stesen Chan Sow Lin, hari ini.

Francis yang mengalami kelewatan dalam perjalanan akibat insiden itu berharap kerja penyelenggaraan dapat dilakukan lebih kerap dan tidak hanya secara berkala.

Sementara itu, Norhamirah Hamdi, 36, berkata dia yang membawa anak-anak berjalan bersempena dengan cuti sekolah tidak mengetahui mengenai insiden terbabit sehingga dimaklumkan oleh polis bantuan.

Dalam pada itu tinjauan Bernama mendapati kerja baik pulih sedang dijalankan Rapid KL di lokasi insiden yang terletak kira-kira dua hingga tiga minit perjalanan dari Stesen Chan Sow Lin menuju Cheras.

Tinjauan turut mendapati masih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan tren berkenaan yang kini dijadikan tren perantara bagi laluan antara Stesen Pudu, Chan Sow Lin dan Cheras.

Pada masa sama, polis bantuan serta kakitangan Rapid KL sibuk membantu dan memberi panduan kepada pengguna di stesen berkenaan.

Terdahulu, Bernama melaporkan sebuah tren Laluan Ampang/Sri Petaling tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin, pagi ini sehingga menjejaskan jadual perkhidmatan laluan berkenaan.

 

MOT Siasat Insiden LRT Tergelincir, Laporan Akan Dihebah Secepat Mungkin - Loke​

2b1edb8e3138acd7ffb5575cc7ec6b7a69fec9f487270

Menteri Pengangkutan Anthony Loke

Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat insiden tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling yang tergelincir pagi ini.

Menteri berkenaan Anthony Loke berkata dapatan siasatan pasukan itu akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dan dihebahkan secepat mungkin.

Beliaun berkata pada masa sama, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarahkan untuk mengambil tindakan hukuman paling maksimum terhadap pengendali perkhidmatan, iaitu Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).

"Pihak APAD telah membuka kertas siasatan terhadap insiden ini serta-merta," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Loke turut memaklumkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah dan Pasukan Pengurusan Prasarana tidak boleh meneruskan sikap "business-as-usual".

Beliau berkata tiada sesiapa dalam pengurusan tertinggi Prasarana akan terkecuali daripada akauntabiliti dalam insiden itu.

"Piawaian keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan awam bukanlah sesuatu yang boleh dikompromikan.

"Tindakan serius termasuk pemecatan perlu diambil oleh pihak Lembaga Pengarah Prasarana terhadap mana-mana pihak yang cuai dalam tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap kebolehpercayaan perkhidmatan sistem rel di bawah kendalian Prasarana," katanya.

Insiden itu menyaksikan sebuah tren bagi Laluan Ampang/Sri Petaling tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan berdekatan Stesen Chan Sow Lin sehingga menjejaskan jadual perkhidmatan.

 
14240181074781957-400867.jpg

14240181074781957-400868.jpg

14240181074781957-400869.jpg

14240181074781957-400870.jpg

14240181074781957-400871.jpg

14240181074781957-400872.jpg


Insiden tren LRT tergelincir: Tindakan serius termasuk pemecatan perlu diambil - Anthony Loke

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menubuhkan satu pasukan petugas khas dengan kadar segera untuk menyiasat secara menyeluruh punca kejadian tren LRT tergelincir daripada landasannya berdekatan Stesen Chan Sow Lin.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya telah mengarahkan dapatan siasatan dikemukakan kepada Jemaah Menteri secepat mungkin dan laporan tersebut dihebahkan secara umum.

Menurut beliau, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga diarahkan untuk mengambil tindakan hukuman yang paling maksimum terhadap Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) berhubung insiden tersebut.

"Pihak APAD telah membuka kertas siasatan terhadap insiden ini serta-merta. Saya ingin menegaskan bahawa Lembaga Pengarah dan Pasukan Pengurusan Prasarana tidak boleh meneruskan sikap 'business-as-usual'.

"Kejadian sebegini perlu dipandang serius dan tiada sesiapa dalam pengurusan tertinggi Prasarana terkecuali daripada akauntabiliti insiden ini.

"Piawaian keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan awam bukanlah sesuatu yang boleh dikompromikan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


"Kementerian melihat insiden ini sangat serius kerana kejadiannya bukan sekadar gangguan perkhidmatan biasa. Tren tergelincir landasan membawa risiko keselamatan yang tinggi kepada penumpang dan petugas.

"Walaupun kesemua 25 penumpang berjaya dipindahkan dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan, MOT tetap mengambil pendirian tegas serta tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan orang ramai," ujarnya lagi.

Pada awal pagi Khamis, sebuah tren Laluan Ampang/Sri Petaling tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin sehingga menjejaskan jadual perkhidmatan laluan berkenaan.

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan, kejadian yang berpunca daripada kerosakan suis landasan itu menyebabkan tren terbabit tidak dapat bergerak.

Pengendali pengangkutan awam itu turut mengesahkan kesahihan gambar-gambar insiden yang sedang tular melalui media sosial

Kredit➡️ Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register