BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 suspek termasuk tiga wanita ditahan kes simbah cat

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
14226314699830637-396113.jpg

14226314699830637-396114.jpg

14226314699830637-396115.jpg


4 suspek termasuk tiga wanita ditahan kes simbah cat



SEREMBAN: Empat suspek termasuk tiga wanita ditahan di Melaka kerana disyaki menyimbah cat ke rumah dan kenderaan penduduk di Jalan Sungai Ujong, di sini, Selasa lalu.


“Kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.05 pagi hari yang sama. Ketika pengadu berada dalam rumah, dia menyedari dua suspek muncul di hadapan rumahnya dan membaling cat berwarna merah.

“Ia mengakibatkan pagar rumah, pintu hadapan serta dua kereta milik pengadu terkena cat itu,” katanya tadi.

Jelas beliau, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seremban membuat serbuan di kawasan Taman Permatang Pasir, Melaka, semalam dan hari ini.

“Kami berjaya menahan seorang lelaki dan tiga wanita tempatan yang berusia antara 23 hingga ke 34 tahun,” katanya.

Tambah beliau, dalam serbuan itu, pihak polis berjaya merampas dua kereta Proton Saga dan Perodua Myvi, empat telefon bimbit, setong cat berwarna merah, setin cat berwarna merah dan beberapa pakaian yang terdapat kesan cat berwarna merah.

“Hasil semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod kes dadah dan seorang suspek mempunyai rekod mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

“Kesemua suspek mengaku terbabit dalam beberapa siri kejadian simbah cat di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 10 Mei,” katanya.


Artikel Buletin Tv3
 
Back
Top
Log in Register