BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 orang dibawa ke hospital susuli kebakaran di lobi lif blok HDB Ang Mo Kio

adi19

Fun Poster
Messages
767
Joined
Oct 30, 2013
Messages
767
Reaction score
3
Points
25
screenshot_2025-11-05_115110.jpg

Petikan skrin daripada sebuah video yang menunjukkan kebakaran di lobi lif Blok 641, Ang Mo Kio Avenue 4 pada 4 November 2025, serta keadaan selepas kejadian itu. (Gambar: Pembaca CNA, Facebook/SCDF)

SINGAPURA: Empat orang dibawa ke hospital selepas satu kebakaran berlaku di lobi lif blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Ang Mo Kio pada Selasa malam (4 Nov).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 641, Ang Mo Kio Avenue 4 pada kira-kira pukul 11.15 malam.

IKLAN

"Kebakaran itu, yang melibatkan alat bantuan mobiliti peribadi (PMA) di sebuah lobi lif di tingkat lapan itu berjaya dipadamkan oleh anggota bomba menggunakan pancutan air," menurut SCDF dalam satu catatan Facebook pada Rabu.

Empat orang dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana terhidu asap, manakala kira-kira 200 orang dipindahkan dari blok yang terjejas sebagai langkah berjaga-jaga.

Punca kebakaran masih disiasat, menurut SCDF.

Pada Ogos lalu, tiga orang dibawa ke hospital setelah berlaku kebakaran melibatkan alat bantuan mobiliti peribadi di sebuah flat Toa Payoh.

Pada bulan yang sama, dua orang maut selepas kebakaran tercetus di sebuah flat di Bukit Merah.

IKLAN

Siasatan awal SCDF mendapati kebakaran itu mungkin berpunca daripada sebuah pek bateri alat mobiliti peribadi di ruang tamu.

“Peranti bermotor yang diubah suai, tidak diselenggara dengan baik atau dicas menggunakan pengecas bukan asal boleh menyebabkan risiko kebakaran,” menurut SCDF dalam catatan Facebooknya.

Maklumat lanjut mengenai cara pengecasan dan penggunaan selamat bagi peranti tersebut boleh didapati melalui pek maklumat online yang disediakan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SCDF.

 
Back
Top
Log in Register