1 orang dikejarkan ke hospital susuli kebakaran flat di MacPherson
SCDF di lokasi kebakaran di Blok 39 Circuit Road pada 28 Jul 2026. (Gambar: Facebook/SCDF)
SINGAPURA: Seorang individu ditemui tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital menyusuli kebakaran di sebuah unit flat Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) di MacPherson pada Selasa (28 Jul).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan di Facebook menyatakan bahawa mangsa ditemui di ruang tamu sebuah flat di tingkat sembilan Blok 39 Circuit Road.
IKLAN
SCDF dimaklumkan mengenai kebakaran di blok berkenaan pada kira-kira pukul 2.05 pagi.
Setibanya mereka di lokasi kejadian, asap hitam kelihatan keluar dari ruang tamu flat tersebut.
"Anggota bomba terpaksa pecah masuk untuk memasuki unit berkenaan.
"Kebakaran yang melibatkan bahagian ruang tamu itu berjaya dipadamkan dengan pantas," menurut SCDF.
Semasa operasi dijalankan, anggota bomba menemui seorang individu yang tidak sedarkan diri di ruang tamu.
IKLAN
Anggota SCDF dengan segera membawa mangsa keluar dari unit tersebut dan terus memberikan bantuan pernafasan (CPR). Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besar Changi.
SCDF menambah bahawa kira-kira 80 penduduk daripada blok terjejas telah dipindahkan ke tempat selamat.
Punca kebakaran masih disiasat.
Kebakaran di flat HDB Circuit Road: Lelaki 70 tahun meninggal dunia, 80 penduduk dipindahkan
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 70 tahun meninggal dunia menyusuli kebakaran di sebuah flat Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) di MacPherson pada awal pagi Selasa (28 Jul), di mana anggota bomba menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam unit berkenaan. Lelaki tersebut...